" Wherever you go, go with all your heart."
Bulan December hampir tiba, ini bermakna cuti sekolah juga bakal menjelang. pasti anda tidak tahu lagi dimanakah destinasi percutian untuk dituju pada musim cuti sekolah nanti kan. Justeru itu, anda bolehla rancang dari sekarang destinasi percutian yang anda inginkanπ
Secara jujurnya, aku juga dah lama tak pergi holiday bersama keluarga aku, disebabkan faktor jarak dan kekangan masa. Tambah- tambah lagi bila aku sudah di tahun akhir pengajian, busy kemain.. tapi untuk plan holiday kali ni, kami semua berikan komitment dan pastikan HOLIDAY kali ini menjadi. horeyyy.
.
.
.
so here we go!
tadaaa, sampailah kita ke Rainbow Paradise Beach Resort yang terletak di Tanjung Bunggah,
Alamat: 527, Jalan Tanjung Bungah, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
* Masuk pintu, terus ke bahagian dapur dan Ruang tamu
* Ruang tamu, dilengkapi dengan Tv LCD siap dengan siaran sekali lah. cuma, kami tak tengok tv sangat, jadinya kami bawa play station sekali, so bolehla main fifa ke atau car racing kan tengah- tengah malam kalau rasa bosan..π tapi selalunya jarang busan, sebab penat jalan.π
* Bilik tidur ( katil saiz Queen)
* Bilik kami menghadap ke laut, jadinya bila buka pintu sliding ruang tamu dan sliding bilik tidur maka, akan nampakla permandangan laut biru yang terbentang luas.
* Bilik mandi/ Rest room
yang mana suka berendam dalam tab mandi tu, sukalah kan..boleh tenangkan fikiran sambil berendam tu kan..Apa yang boleh aku katakan, ruang keluasan bilik airnya luas, boleh muat dalam 3-4 orang sekali dalam bilik air .
* Inilah dia pemandangan disebelah kiri kami, menghadap Copthorne Orchid Hotel.
juga salah satu hotel yang kami pernah menginap juga sebelum ini.πππππ
* Pemandangan diwaktu malam
sangat cantik, bila lepak di koridor luar, ditiupkan dengan angin dingin malam, diterangi dengan cahaya- cahaya lampu jalan dan bangunan disekitarnya. Ditambah lagi dengan bintang berkelipan di langit yang cerah di malam hari. fuhhh memang indah.ππππ
* gambar pemandangan pada waktu subuh.
.
Jomlah kita berjalan disekitar luar bilik hotel.
Sementara nak menunggu pintu lif terbuka, bolehla bergambar disini, yang berlatarbelakangkan bangunan.
* jalan menuju ke Swimming Pool.
* gambar google
Swimming pool untuk dewasa,
secara jujurnya, aku tidak suka dengan swimming pool ni, dek kerana paras kedalaman kolam renang ni adalah 5ft dan 4ft, dalam ya adik- adik. Tidak seperti Swimming pool yang terdapat di hotel lain yang boleh kita terjun, redah masuk kolam sesuka hati ya.
Dengan ketinggian aku 156 cm ni confirm masuk kolam, kaki tak jejak lantaiπ,dah lah tak tahu berenang, jadinya jangan ambil risiko ya.. Jadi sesiapa dari anda yang mempunyai ketinggian paras- parang aku ni redholah bahawasanya anda perempuan comel, mandi kat pantai je lah yaa.
p/s: 1) Diwajibkan untuk memakai pakaian renang/ baju jersi lah kan yang licin tu. Baju T-shirt tidak dibenarkan untuk masuk ke kolam, sebagai langkah awal keselamatan.
2) Serahkan kupon, pada pengawal yang duduk di pondok tepi kolam, untuk anda dapatkan tuala mandi. Jadinya anda tak perlu lagi bawa tuala dari bilik.
* Sekarang ni bulan Oktober musim hujan bila waktu petang, kami turun selepas selesainya solat asar, kebetulan hujan pun telah berhenti, jadinya rezeki kami dapat turun mandi pantai. cuaca pun redup ja.
* Mandi pantai sahajalah... hahahhaha, tap kan, mandi pantai lagi syok tau..π
kepada anda yang nak main Banana boat atau jet-ski pun boleh. Sebabnya, orang- orang pantai akan berjalan mencari orang( pelancong) yang nak merasakan pengalaman bermain Banana boat itu.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Rainbow Paradise Beach Resort anda bolehla tekan link yang aku sediakan ini: https://www.rainbowparadisebeachresort.com/
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Rainbow Paradise Beach Resort anda bolehla tekan link yang aku sediakan ini: https://www.rainbowparadisebeachresort.com/
JALAN- JALAN & CARI MAKAN
1)
* tempat wajib family aku, bila ke island untuk cari makan tengah hari.
Review : makanan sedap dan harga juga berpatutan. Anda juga boleh memilih pelbagai jenis lauk pauk yang terdapat di menu seperti yang disediakan, mahupun memilih jenis Set makanan yang disediakan. Macam kami nih, mak aku suka sebut nak makan apa, tanpa pilih set yang disediakan. Pun boleh juga,
setiap lauk kami pilih 2 bahagian, iaitu tomyam, sup ayam, lauk parik ayam, kerabu mangga, sambal belacan(free), air bali, nasi semangkuk = total harga tak sampai pun rm50 untuk 6 orang makan. Memang kenyang habis lah aku makanπ. Amacam, murah ke idok?.
p/s: alamatnya, korang west je lah ya, heheh.. selamat mencubaπ
2) Selain tu juga, anda juga bolehla jalan- jalan shooping ke Plaza Gurney dan Gurney Paragon.. perempuan biasalah macam tak faham, lagi- lagi hujung tahun ni kan, banyak pula sale makin menjadi- jadi. Jarak antara Rainbow Paradise Hotel ke mall tersebut dalam 30 minit saja.
Gurney Paragon
Hari kedua, waktu malam kami keluar untuk menonton wayang. Movie Maleficent Mistress of Evilπ maklumla, tengah hot dekat panggung kan.
Plaza Gurney
.
.
ok, sampai disini sahaja jalan- jalan kita di island.. Nantikan next destination kita penang 3.0π
Make your life a masterpiece, imagine no limitations on what you can be, have or do.- Brian tracy
.
.
Emm...dimana pula destinasi yang seterusnya? tunggu yaππ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan