Sabtu, 30 November 2019

Penang 3.0 (The Northam All Suite Hotel Penang :Review)

Hello and Hai, musim cuti sekolah telah pun bermula, sudah ada perancangan  hendak ke mana ?. jika anda gemar Holiday ke penang, entry ni sesuai untuk anda.
selamat membaca

Image result for vacation

kepada anda yang gemar berjalan di sekitar penang, sudah pasti anda inginkan tempat penginapan atau hotel yang selesa betul tak?. Jadi untuk entry kali ini aku nak bawa korang semua lihat tinjau- tinjau apa yang ada dan menariknya hotel ini. Menarik atau tidak, anda sahaja yang dapat menentukannya.
     Justeru itu, dengan adanya etry aku ni maka anda sudah jimat duit dan masa untuk mencari hotel yang dapat memenuhi standart anda. Selain itu juga, anda bolehla membuat perancangan yang rapi berkenaan tempat yang sesuai untuk anda menginap, adakah berdekatan dengan tempat- tempat menarik yang ingin anda tuju mahupun sebaliknya.


1) THE NORTHAM ALL SUIT HOTEL

                     Alamat: 65 Jalan Sultan Ahmad Shah Georgetown, Penang 10050 Malaysia.

Related image
*Gambar google


 Bahagian loby
Ruang menunggu/ Ruang Karaoke

Ruang makan
.
.
Hotel Northam ini, menyediakan 4 jenis bilik mengikut kemampuan budget dan keselesaan anda semua. Kami memilih jenis Deluxe suite. Antanya bilik jenis bilik yang ada seperti:
i) Studio suite
ii) Junior suite
iii) Deluxe suite
iv) presidential suite

Mari kita masuk ke dalam bilik Deluxe suite ini.๐Ÿ’ƒ
Pintu masuk
Masuk sahaja pintu bilik, maka nampakla ruang tamu. dibahagian kanan gambar merupakan ruang bilik tidur, dibahagian kiri gambar pula, ruang makan dan ruang tempat kerja( Personal office)

Ruang tamu.
Dilengkapi dengan tv LCD dibahgain ruang tamu dan di dalam bilik.
bersebelahan pintu masuk: 1)terdapat 1 bilik air tanpa air. senang cerita kita panggil bilik make up lah atau dikatakan sebagai bilik guest powder๐Ÿ’…
2) Ruang tempat kerja (personal office)
3)Ruang makan

    RUANG BILIK TIDUR: 
Pemandangan luar menghadap ke Gleneagles medical centre.
Di dalam bilik tidur ini juga terdapat 1 lagi Tv LCD. Jadi tak perlu lagi nak berebut cannel Tv ya.


Terdapat 2 pembahagian ruang. sebelah kanan gambar bilik mandi( shower) manakala disebelah kiri gambar ruang untuk toilet. Apa yang menariknya bilik air ini dilengkapi dengan tab mandi jakuzi๐Ÿ˜jadi sambil mandi tu bolehla merasa diurut air gituuu.
p/s: anda tidak perlu lagi berebut untuk melihat cermin ketika bersolek ya, sebabnya banyak ruang  untuk bersolek disediakan dalam bilik ni.

Permandangan diwaktu malam

*gambar Google
Dekat gambar pun sudah excited tengok swimming pool kan, apalah lagi kalau menginap di sini ye dak๐Ÿ˜œ huh.. jadi tunggu apa lagi tu.. cepat lah Booking tarikh. Ngehngeh

jadi, apa pendapat anda?seronok atau pun tidak untuk bermalam di Hotel The Northam ini?. haaa anda yang berhak tentukan. Jadi kepada anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotel Northam ini, disini aku telah sediakan link untuk anda semua usha- usha ya๐Ÿ˜‰https://www.northamhotel-penang.com/


Lokasi yang berhampiran dengan Hotel Northam ini adalah seperti:

  1. Gurney plaza, Gurney paragon mall (1.5km)
  2. Batu ferringi night market ( 7.5km)
  3. Kek lok si Tample
  4. Penang Hill
  5. Fort Cornwallis

Dalam perjalana pulang, kami telah singgah ke Times Square, Penang.

Selain jalan- jalan untuk Shooping,anda juga boleh bergambar sakan dekat Shooping mall tau. Kepada mereka yang gemar bershooping dan ber selfie bolehla datang jalan- jalan ke Times Square, Penang.


  Apa yang menariknya mall ini adalah, setiap bahagian ruangan mall ini telah diisi dengan tema- tema yang pelbagai seperti berada di Negara musim sakura, musim luruh, Negara Hong Kong, dan lain- lain lagi. Namun begitu, malangnya mall ini masih di dalam construction, justeru itu, banyak kedai- kedai yang tidak beroperasi di dalamnya, hanya segelintir kedai sahaja yang masih beroperasi tetapi kurang bilangannya. Namun anda boleh sahaja memasuki jalan- jalan dikawasan mall ini untuk bergambar. Jadi jomlah kita saksikan:

 tema Negara Hong Kong

 terasa seperti di dalam alam Fantasi.


 tema Kota London


 Red carpet Wax museum seperti dekat ICT shah alam pun ada juga di Times Square, Penang.

tema Autum
tema Sakura

ok, itu sajalah yang aku nak cerita, dan share kan kepada anda semua, actually aku telah pergi ke 2 buah hotel yang berbeza pada hari yang sama. Sebelum aku ke Hotel The Northam ni, aku telah menghadiri majlis makan (lunch) di sebuah hotel bertaraf lima bintang iaitu di Estern & Oriental Hotel (E&O HOTEL). Setelah selesai majlis makan disana, kami terus ke The Northam All Suite Hotel untuk menginap 2hari 1 malam disini untuk aku menghabiskan sisa- sisa hariku yang tinggal sebelum bertolak ke Kuala Lumpur untuk masuk sem baru aku. Jadinya Mood dipenghujung hari tidak begitu baik dek kerana terpaksa untuk pulang ke Universiti.
.
.
akhir kata dari aku, selamat bercuti semua๐Ÿ˜‰

potpetpotpet: The most precious gift you can give someone is the gift of your time and attention.


Rabu, 13 November 2019

PENANG 2.0 ( RAINBOW PARADISE BEACH RESORT )

" Wherever you go, go with all your heart."

Bulan December hampir tiba, ini bermakna cuti sekolah juga bakal menjelang. pasti anda tidak tahu lagi dimanakah destinasi percutian untuk dituju pada musim cuti sekolah nanti kan. Justeru itu, anda bolehla rancang dari sekarang destinasi percutian yang anda inginkan๐Ÿ˜‰

Secara jujurnya, aku juga dah lama tak pergi holiday bersama keluarga aku, disebabkan faktor jarak dan kekangan masa. Tambah- tambah lagi bila aku sudah di tahun akhir pengajian, busy kemain.. tapi untuk plan holiday kali ni, kami semua berikan komitment dan pastikan HOLIDAY kali ini menjadi. horeyyy.
.
.
.
so here we go!
tadaaa, sampailah kita ke Rainbow Paradise Beach Resort yang terletak di Tanjung Bunggah, 

Alamat:   527, Jalan Tanjung Bungah, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

* Masuk pintu, terus ke bahagian dapur dan Ruang tamu


* Ruang tamu, dilengkapi dengan Tv LCD siap dengan siaran sekali lah. cuma, kami tak tengok tv sangat, jadinya kami bawa play station sekali, so bolehla main fifa ke atau car racing kan tengah- tengah malam kalau rasa bosan..๐Ÿ˜† tapi selalunya jarang busan, sebab penat jalan.๐Ÿ˜… 

* Bilik tidur ( katil saiz Queen)


* Bilik kami menghadap ke laut, jadinya bila buka pintu sliding ruang tamu dan sliding bilik tidur maka, akan nampakla permandangan laut biru yang terbentang luas. 

 * Bilik mandi/ Rest room



yang mana suka berendam dalam tab mandi tu, sukalah kan..boleh tenangkan fikiran sambil berendam tu kan..Apa yang boleh aku katakan, ruang keluasan bilik airnya luas, boleh muat dalam 3-4 orang sekali dalam bilik air .

 * Inilah dia pemandangan disebelah kiri kami, menghadap Copthorne Orchid Hotel.
 juga salah satu hotel yang kami pernah menginap juga sebelum ini.๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


* Pemandangan diwaktu malam
sangat cantik, bila lepak di koridor luar, ditiupkan dengan angin dingin malam, diterangi dengan cahaya- cahaya lampu jalan dan bangunan disekitarnya. Ditambah lagi dengan bintang berkelipan di langit yang cerah di malam hari. fuhhh memang indah.๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

* gambar pemandangan pada waktu subuh.  
.
Jomlah kita berjalan disekitar luar bilik hotel.

Sementara nak menunggu pintu lif terbuka, bolehla bergambar disini, yang berlatarbelakangkan bangunan.
 * jalan menuju ke Swimming Pool. 

kolam renang kanak- kanak

* gambar google 
Swimming pool untuk dewasa, 
      secara jujurnya, aku tidak suka dengan swimming pool ni, dek kerana paras kedalaman kolam renang ni adalah 5ft dan 4ft, dalam ya adik- adik. Tidak seperti Swimming pool yang terdapat di hotel lain yang boleh kita terjun, redah masuk kolam sesuka hati ya.
       Dengan ketinggian aku 156 cm ni confirm masuk kolam, kaki tak jejak lantai๐Ÿ˜‚,dah lah tak tahu berenang, jadinya jangan ambil risiko ya.. Jadi sesiapa dari anda yang mempunyai ketinggian paras- parang aku ni redholah bahawasanya anda perempuan comel, mandi kat pantai je lah yaa.

p/s: 1) Diwajibkan untuk memakai pakaian renang/ baju jersi lah kan yang licin tu. Baju T-shirt tidak             dibenarkan untuk masuk ke kolam, sebagai langkah awal keselamatan.
       2) Serahkan kupon, pada pengawal yang duduk di pondok tepi kolam, untuk anda dapatkan tuala              mandi. Jadinya anda tak perlu lagi bawa tuala dari bilik.


* Sekarang ni bulan Oktober musim hujan bila waktu petang, kami turun selepas selesainya solat asar,  kebetulan hujan pun telah berhenti, jadinya rezeki kami dapat turun mandi pantai. cuaca pun redup ja.

 * Mandi pantai sahajalah... hahahhaha, tap kan, mandi pantai lagi syok tau..๐Ÿ˜š

kepada anda yang nak main Banana boat atau jet-ski pun boleh. Sebabnya, orang- orang pantai akan berjalan mencari orang( pelancong) yang nak merasakan pengalaman bermain Banana boat itu.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Rainbow Paradise Beach Resort anda bolehla tekan link yang aku sediakan ini: https://www.rainbowparadisebeachresort.com/

JALAN- JALAN & CARI MAKAN

1) 


 * tempat wajib family aku, bila ke island untuk cari makan tengah hari.

Review : makanan sedap dan harga juga berpatutan. Anda juga boleh memilih pelbagai jenis lauk pauk yang terdapat di menu seperti yang disediakan, mahupun memilih jenis Set makanan yang disediakan. Macam kami nih, mak aku suka sebut nak makan apa, tanpa pilih set yang disediakan. Pun boleh juga,
setiap lauk kami pilih 2 bahagian, iaitu tomyam, sup ayam, lauk parik ayam, kerabu mangga, sambal belacan(free), air bali, nasi semangkuk = total harga tak sampai pun rm50 untuk 6 orang makan. Memang kenyang habis lah aku makan๐Ÿ˜‹. Amacam, murah ke idok?.

p/s: alamatnya, korang west je lah ya, heheh.. selamat mencuba๐Ÿ˜‰

2) Selain tu juga, anda juga bolehla jalan- jalan shooping ke Plaza Gurney dan Gurney Paragon.. perempuan biasalah macam tak faham, lagi- lagi hujung tahun ni kan, banyak pula sale makin menjadi- jadi. Jarak antara Rainbow  Paradise Hotel ke mall tersebut dalam 30 minit saja. 

Gurney Paragon
Hari kedua, waktu malam kami keluar untuk menonton wayang. Movie Maleficent Mistress of Evil๐Ÿ˜ maklumla, tengah hot dekat panggung kan.
Plaza Gurney
.
.
ok, sampai disini sahaja jalan- jalan kita di island.. Nantikan next destination kita penang 3.0๐Ÿ˜


Make your life a masterpiece, imagine no limitations on what you can be, have or do.- Brian tracy
.
.
Emm...dimana pula destinasi yang seterusnya? tunggu ya๐Ÿ˜Š๐Ÿ’‹