Ahad, 31 Mei 2015

 Ku ukir namamu di awan Gunung Jerai,
Disaksikan laut daun nyiur melambai..

         Assalamualaikum, Alhamdulillah finally, final exam sem2 telah tamat dan baru ada masa sikit nak"update" blog ni. Tak nak cakap panjang laa ni mood cuti tu melonjak-lonjak rasa tak sabar nak bercuti lalala..kali ni baru nak cerita tentang percutian aku di Gunung Jerai beberapa bulan lepas laa ni baru nak cerita. Ngeee basi pun basilaa. Tapi kan cantik sangatlaa ni cuti sekolah pun nak tiba kan.
         
                
Kepada yang masih tercari- cari dan duk terpikir tempat yang menarik nak bercuti. haaa ni yana nak cadangkan satu tempat perlancongan yang menarik iaitu Gunung Jerai yang terletak di Daerah Yan Kedah. Satu nama yang tak asing lagi sebagai salah satu tempat percutian yang menarik yang dikenali sebagai kawasan berhawa sederhana sejuk selain Cameron highland. 


Sekadar pengetahuan Gunung Jerai mempunyai ketinggian setinggi 1.217 meter dari aras laut  merupakan lambang kemegahan Negeri Kedah. Dengan suhu diantara 19 hingga 24 darjah celcius. Menjadi kawasan daya tarikan pelancong terutama kepada mereka yang inginkan suasana bersantai dan menikmati udara daripada kawasan tanah tinggi.





pemandangan cantik sebegini kalau buat photoshoot untuk weading memang cun*berangan seketika





kabus menutupi pandagan,hihihi




sepanjang percutian kami disini 3hari 2malam, cuaca mendung dan hujan saja, tapi ia tidak menghalang kami untuk berjalan-jalan menikmati keindahan berada di Gunng Jerai dan rugilaa kan kalau terperap dalam bilik je. Dan satu lagi sebab kami sudah sediakan payung sebelum hujan.*smile





time ni bunga memang tengah kembang. rugi kalau tak ber"selfie"



 inilah dia bilik tidur kami. sangat selesa.tv memang ada pasang enjoy so memang tidak busan laa kalu duk bilik time hujan tak boleh jalan-jalan kan..
sarapan pagi kami. 

    lastly, apa yang yana boleh katakan memang seronok holiday dekat sini, dan perjalanan untuk sampai ke puncak bukit "regecy resort " ni tak lah seteruk mana jika dibanding perjalan ke Cameron Highland yang pening dan memabukkan disebabkan perjalanannya yang berliku tu bagi pendapat yana la kan. Dan untuk pengetahuan awak-awak semua bercuti disini lagi seronok disebabakan suhu disini lagi sejuk.Dan  kepada ibu-ibu yang suka akan bunga-bungaan. Inilah tempat yang sesuai. 


kepada yang berminat bolehla ushya-ushya disini

Alamat The Regency Jerai Hill Resort
Jalan kaki Bukit,
Lebuhraya Gurun,
08300 Gurun,
Kedah Darul Aman,
Malaysia.
Gunung Jerai resort contac number
tel :+604 466 7777




potpetpotpet : Happiness can be found even in the darkest of times. If one only remember to turn on the light-albus dumbledore.