Ahad, 18 Februari 2018

Pulau Langkawi



Holiday in December /
2017

The Best thing in life are the People you Love, the Places you've been. and the Memories you've made along the way

oklah, untuk entry bulan Disember 2017 semasa musim cuti sekolah tadi, kami telah memilh Pulau Langkawi sebagai destinasi percutian kami. Jadi tujuan aku menulis pada kali ini adalah ingin berkongsi pengalaman aku ke Pulau Langkawi. Mungkin lepas anda membaca entry ni, anda akan rasa ingin ke Pulau Lagkawi  juga dan jadikan ia sebagai satu destinasi percutian wajib anda selepas ini.

* Percutian aku ke Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam pada asalnya, namun disebabkan atas faktor ketidakpuasan kami untuk berjalan lagi di Pulau Langkawi, maka papa aku buat keputusan mengejut tambah lagi percutian selama sehari lagi. yahuuuu. jadi kami bercuti di sana selama 4hari 3 malam.( tak puas lagi, tak tahulah nak cakap apa kan)

* perkara pertama setelah anda tiba di Jeti..

1) Beli tiket naik Feri dahulu sebab kalau musim cuti sekolah akan ramai orang dan kau akan menunggu berejam untuk tunggu giliran naik feri tapi anda digalakkan membeli tiket Feri secara online sahaja,  jadi anda tak perlu menunggu lama.

*Bayaran untuk tiket feri dewasa RM 18, kanak- kanak (3- 12 tahun) RM12  masa aku pergi di bulan Disember tahun 2017 lah. Tapi  Untuk tiket feri tahun 2018 kadar tambang feri sudah dinaikkan sebanyak Rm 3 untuk caj pengurusan sekiranya anda membeli di kaunter.  Hal ini adalah bertujuan bagi meggalakkan anda membeli tiket feri secara online.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
seperti yang aku senaraikan dibawah ini merupakan harga tiket feri secara online:


Harga tiket feri dari Kuala perlis --> ke Kuah, Langkawi ( Perjalanan 1jam 5minit) :

Dewasa: Rm 18
Kanak- kanak (3-12 tahun) : Rm 13

Harga tiket feri dari Kuala Kedah --> ke Kuah, Langkawi ( perjalanan 1jam 40 minit) :

Dewasa : Rm 23
kanak- kanak (3-12tahun) : Rm 17

Pulau Pinang ( melalui Pulau Payar) ---> ke Langkawi ( perjalanan 2 jam 45minit) :

Dewasa: Rm 60
kanak- kanak( 3-11 tahun) : Rm 45
Kanak- kanak( bawah 2 tahun) : Rm 25

*untuk warga emas bayaran Tiket feri adalah Free


# Kenaikan harga tiket Feri Langkawi dikenakan sebanyak Rm 3 sekiranya  pembelian di kaunter
 Pembelian secara online masih kekal degan harga yang sama tanpa caj Rm3.
#pastikan tiket feri anda simpan untuk dirujuk imigresen sewaktu anda ingin pulang nanti.

#sekiranya anda ingin membeli tiket secara online, disini aku sudah sediakan link untuk anda: http://ticket.langkawiferryline.com/index_ext.php?online_ticket

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  
2) tempat letak kereta disediakan disekitar kawasan tersebut- bayaran rm10 sehari.

2.1
2.2


2.3 Tempat letak kereta berbumbung

 Kami memilih tempat parking kereta berbumbung, bayaran yang dikenakan sebanyak Rm 10 sehari. Tempat tersebut berhadapan dengan Kuala Perlis Servis Hotel


---------Jom kita masuk ke Jeti Kuala Perlis di bahagian tempat menunggu-----

3. Tempat menunggu di bahagian dalam, 


Tempat menunggu, dibahagian dalam lebih sejuk, tetapi kalau dah bersesak dengan ramai manusia aircond pun dah tak terasa, tapi sekurangnya ada tempat duduk menunggu macam di aiport yang selesa.


Perjalanan dari jeti Kuah, Kuala Perlis ke Pulau Langkawi mengambil masa selama hampir satu jam 15 minit jugaklah atau mungkin lebih cepat sikit

keadaan di dalam Feri,
Sebelum perjalanan dimulakan dan sewaktu menunggu penumpang yang lain memasuki feri, orang kapal akan pasangkan lagu jiwang-jiwang untuk kita tenang, rehat setelah lama berejam menunggu feri kan.
Anda tidak perlu risau walaupun anda beratur di bahagian elakang sekali, tempat duduk anda tak lari kemana pun. Setiap tempat duduk sudah ada nombor, jadi orang lain tak boleh duduk di kerusi anda.

---------------tadaaaaaa-----------

Akhirnya, sampai juga setelah sejam, 15 minit masa yang diambil. Aku siap tidur lagi dalam feri ini, maklumlah penat menunggu dari pagi, tu yang terlena tidur bila didodoikan dengan alunan ombak


Setelah sampai, akan ada lelaki- lelaki yang berdiri menawarkan perkhidmatan kereta sewa. Tapi anda juga boleh mencari perkhidmatan kereta sewa Langkawi di Google. Kami telah menyewa kereta Honda Jazz sehari Rm 100 setelah tawar menawar.

----------------Dimana kami menginap?-----------


Kami memilih untuk menginap di Desa Motel, Jalan Pantai Tengah Langkawi


keadaan persekitaran rumah


keadaan bilik kami.
                            
Ruang tamu
Review aku mengenai Desa motel ini:

1) Suasana oklah, cantik rasa macam di Kampung halaman. Cuma tidur malam naymauk sikit. Jadinya kena beli ubat sembur nyamuk ( redset) tu.
2) Kelengkapan lain seperti tuala dansabun mandi disediakan
3)Alatan Elektrik seperti streka dan pemanas air( Kettle) tidak disediakan, anda perlu minta di kaunter seiranya ingin guna
4) Pemanas air untuk mandi juga ada disediakan, jadi nak mandi manda pagi - pagi tu tak ada hal lah sebab air panas ada 
5) Apa yang kami tidak selesa adalah bau tandas yang mengharumkan suasana bilik ( faham- fahamlah) jadi ia membuat ketidakselesaan untuk bernafas lega.# harapDiperbaikiAgar Lebih Baik.

Secara keseluruhannya apa yang aku nak cakap adalah, lokasi kedudukan Desa Motel ini sangat baik dan berdekatan dengan pelbagai kemudahan dan tempat- tempat yang menarik yang anda boleh kunjungi. Antarnya adalah seperti

*Underwater World
*Pantai Cenang
*mall
*mini mart
*warung dihadapan rumah
*kedai makan seberang jalan sahaja.


-------Destinasi wajib di Pulau Lngkawi-----

1) UNDERWATER WORLD LANGKAWI


Waktu operasi: 
Daily: 10 am-6 pm
School and Public Holiday : 9:30am- 6:30 pm

Underwater World langkawi terletak di Pantai Cenang, merupakan aquarium laut terbesar di Asia. Terdapat lebih daripada 5,000 jenis hidupan laut dari 500 spesisi yang berwarna warni dan beraneka bentuk. Juga terdapat ' Walk- Through Tunnel Tank" yang terbesar di dalam dunia sepanjang 15 m dengan muatan 19,000 gelen air. Apabila anda masuk berjalan di lorong terowong kaca, anda dapat melihat pelbagai jenis spesis ikan berlegar- legar di sekeliling dan di atas kepala anda. Tempat ini amat sesuai untuk kanak- kanak mengenali pelbagai jenis hidupan laut yang tidak pernah dilihat di dalam laut dalam. Di Underwold Water juga terdapat pingguin yang anda boleh saksikan dengan lebih dekat lagi.


* gambar google, pasal saya tak masuk, cuma adik- adik kecil aku sahaja yang masuk. Macam kami ni dah puas tengok ikan dekat parit .hahhah *(dari bazir bayar duit tiket masuk lebih baik aku pi Coco valey mall bersebelahan dengan UW ni boleh shoping. hahhah

2) PANTAI CENANG

kedudukan Pantai Cenang bersebelahan dengan Underwater World sahaja, dari Rumah penginapan kami( Desa Motel) ke Pantai Cenang ambil masa dalam 25 minit sahaja kalau jalan kaki . Tetapi memandangkan kami pergi naik kereta kena lalu  jalan jauh sebab lorong Jalan nak ke Uw dan Pantai Cenang hanya jalan satu hala sahaja tu sebab kami kena pusing jauh. 


Masa ni, tengah hari tu yang tak berapa ramai sangat sebab panas lit lit naaa,




Antara aktiviti yang disediakan: 

1) Jet ski   = RM 200.00 selama 30 minit ronda pusing-pusing.
2) Banana boat dan lain- lain lagi.

3) CABLE CAR/ SKY CAB

Permandangan dari atas, dalam Cable Car,  anda dapat lihat lautan yang terbetang luas, pokok- pokok hijau yang menyamankan suasana  pemandangan. Sungguh besar kekuasaan Allah.



Cable Car terletak di Gunung Mat Chincang, barat laut, Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Cable Car ini mula dibuka kepada umum pada 27 februari 2005, untuk memudahkan pelancong tiba ke Puncak Gunung yang setinggi 713meter. Panjang keseluruhan Cable Car ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysia Book Of Records. Perjalanan menaiki Cable Car adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilepaskan. 

senarai Pakage dan harga yang disediakan.  Sila rujuk di bawah sekiranya harga di gambar kurang jelas.

Individual Ticket
Adult Malaysian Rm 20
Child Malaysian Rm 20
Adult International Rm 25
Child International Rm 25

COMBO B ( SC/SD/SR/3D/6D CINEMOTIO)
Adult Malaysian RM55
Child Malaysian Rm 40
Adult International Rm70
Adult International Rm 50

Private Gondola (Private Gondpla/SD/ST/3D ART)
Malaysian/ International  Gondola = Rm 550(6pax)

Expres Lane dengan bayaran Tambahan sebanyak Rm 50 seorang

Waktu operasi: 10.00 pagi hingga 7:00 malam. Bergantung kepada keadaan cuaca. Perkhidmatan mungkin akan diberhentikan ketika angin kencang.

 * bawa mykad mungkin dapat harga murah sikit.



Ramai sangat, namanya pun musim cuti sekolah kan,

masa ni, tengah tunggu Boarding Time kami pada jam 12:30 tengah hari.


pemandangan dari tingkat atas.


Inilah lorong kandang yang akan ditempuhi sebanyak 8 lorong macam tu dengan keadaan sesak, yang diatas ni gambar lapang sebab slot kami semua dah naik. Manakala aku sedang beratur menunggu giliran.

Di lorong ni juga, akan ada sesi photografi keluarga belatarbelakangkan lukisan Sky Bridge. Mahu atau tidak, anda akan dipaksa untuk bergambar jugak. grrrrrr


Check point 1: semakin hampir dengan gilirian aku pula

tadaaaaa, akhirnya setelah sekian lama menunggu berbaris  dan bersesak. 
Di tengah- tengah perjalaan sewaktu dalam Cable Car jangan pandang ke bawah jika anda rasa gayat ya. Walaubagaimanapun Cable Car ini amat selamat kerana menggunakan teknologi Australia dan Switzeland.
Di puncak, terdapat pelantar hijau dan jangan lepaskan peluang utnuk melihat dan menikmati keindahan Lautan Hindi dan Lautan Andaman yang luas terbentang. Pulau- pulau di Selata Thailand juga jelas kelihatan dari atas ini. Pengunjung juga dapat menyaksikan pendekatan teknologi pembinaan titian gantung sepanjang 125 meter.



Chek point 2 = anda kena turun dan beratur di bawah panas matahari di atas ni, untuk ke chek point yang seterusnya iaitu chek point ke- 3 dimana terletaknya  Sky Bridge.

4) SKY BRIDGE

Sky Bridge ataupun dikenali sebagai titian gantung merupakan salah satu daya tarikan yang unik. Jambatan ini siap dibina pada tahun 2004, diman titian gantung yang melengkung dibina diatas Puncak Gunung Mat Chingcang. Dihubungkan dari stesen puncak, titian ini tergantung dari 82 meter tinggi dari tiang tunggal dan jarak dari tanah puncak adalah 100 meter. Panjang titian gantung ini ialah 125 meter dan ia diantara struktur jambatan tergantung melengkung yang terpanjang di dunia.

Pemandangan Sky Bridge ni aku tangkap masa tengah beratur di Chek point 2

Bila anda sudah sampai Chek point ke-3 dimana terletaknya Sky Bridge. Sekiranya anda ingin merasa pengalama jalan ke Sky Bridge maka anda bolehla turun bila tiba di chek point 3, Tapi sekiranya anda rasa penat, malas nak jalan lagi tempuh panas dan tak nak ke Sky Bridge, jadi anda tak perlu turun dari Cable Car, hanya stay dalam cable car tersebut  dan Perjalanan anda akan diteruskan  balik ke Chek point 1.


dalam perjalanan pulang dari Cacle Car, kita akan balik dan lalu di kawasan ini, di sini terdapat pelbagai jenis cenderahati, keychain, dan baju  T-shirt bertulisan Sky Cab  dan lain- lain lagi.
gigih mencari baju T-shirt sport untuk si putra

# p/s
  •  Di sini juga ada menjual coklat daim, haaaa, berdasarkan kepada tinjauan aku coklat Daim di Sky Bridge juga murah berbanding di tempat lain. Nyesal jugaklah  tak beli coklat daim  di sini Sebab kat tempat lain mahal sikit.
  • Sekiranya anda ingin menaiki Cable Car di waktu musim cuti sekolah, lebih baik anda datang pada waktu tengah hari dalam jam 2:00 petang macam tu, sebab tak ramai orang pun, beli tiket dah boleh terus naik jadi  anda tak perlulah menunggu, beratur panjang dan bersesak macam kami. Masa kami datang sini dalam jam 12 tengah hari selesai turun dari Cable car dalam jam 2 petang, tengok orang di luar dah tak ada, yang datang jam 2 petang tu terus dapat naik tak perlu tempuh macam kami.
  • sekiranya anda malas nak beratur panjang, busan menunggu , maka  anda bolehla naik Cable Car melalui Express Lane dengan bayaran tambahan sebanyak RM 50 seorang. huhhuhu
  • Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bolehla usha di link yang aku sediakan http://www.panoramalangkawi.com/skycab/

lapangkan suasan pada jam 2 petang, tak ramai orang. Anda beli tiket dah boleh terus naik


4) 3D ART LANGKAWI

 Anda suka selfie?
Ini jawapan dia...



Langkawi Art in Paradise terletak di dalam Oriental Village. Seluas 21,000 kaki dan mempunyai lebih dari seratus lukisan 3D yang dilukis oleh pelukis- pelukis antarabangsa. Didalam bangunan ini terdapat sebanyak sembilan zon lukisan. Antaranya, adalah zon safari, zon dasar laut, zon fantasi, zon klasik, zone illusi dan main hall zone. Setiap lukisan ini dilukis pada dewan dan hall yang sangat luas.
Justeru itu, kepada anda yang gemar ber selfie, jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini dan memenuhkan memori fon anda dengan gambar- gambar yang menarik dan unik.


........................jom lah kita jalan- jalan sambil memenuhkan memori fon.........................

sebelum masuk, kena tanggalakan kasut. Ia bertujuan untuk menjaga lukisan lantai daripada rosak terkena tumit kasut kita akibat geseran semasa berjalan.

Kami ni, tak ada jurugambar, tu yang terpaksa selfie jelah untuk diri sendiri.



Sekiranya anda ingin mendapatkan gambar yang cantik dan angel yang betul, anda hendaklah berdiri di check point yang disediakan dimana terdapatnya satu sign kedudukan yang betul untuk jurugambar berdiri bagi mendapatkan hasil gambar yang betul. Ini kerana, setiap lukisan di sini hanya boleh nampak realistik sekiranya gambar yang diambil pada angle dan jarak yang betul gituuu.



5) KEDAI COKLAT

Seperti yang anda tahu, kalau datang ke Langkawi ini salah satunya mesti tak lepas dari memborong coklat kan kan kan, sebab harganya lebih murah dari pasaran luar. Hal ini demikian adalah kerana , Langkawi merupakan kawasan bebas dari Cukai. Jadi persoalannya dimana nak cari coklat Daim, Teblorone, dan lain- lain coklat lagi?  yang berharga murah??. Sebenarnya terdapat banyak kedai pasaranya mahupun mall yang menjual coklat jugak tetapi  harga yang diberikan adalah berbeza sedikit di setiap kedai.

Kalau di Langkawi ni, kedai yang menjual coklat dan barangan lain seperti pinggan mangkuk, sudu, dan lain-lain terkenal adalah di Perniagaan Haji Ismail Group lah. Tapi kat sini aku nak cerita kedai- kedai lain juga yang menjual coklat yang sama dengan harga yang sama dan ada yang murah.

i) Perniagaan Haji Ismail Group



*gambar google



Hasil tangkapan untuk hari pertama sahaja. 


Pepero             : Rm 12.90 ( Satu kotak besar dalamnya ada 8 kotak kecil)
Toblerone        : Rm 4.90 satu, kalau beli 3 dapat murah sikit rm12.90
Kinder Bueno :Rm 8.50 (3packs)
Marry Land Tiramitsu : RM 9.90 
Orient              : Rm 9.90
Cadbury Dairy milk : Rm 13.90 ( 2 packs)

ii) Langkawi Saga Shoping Centre


* gambar google


Langkawi Saga Shopping Centre terletak di Pekan Baru Kuah, berhadapan dengan salah satu cawangan Pasaraya Haji Ismail Group. Disini juga ada menjual coklat, baju tulisan Langkawi, pinggan mangkuk, keychain,  selimut, kain cercorak batik dan lain lain lagi. Kami sempat jugalah beli cadar selimut, pareo corak batik dan lain- lain di sini sebelum pulang.



Hadiah buat kawan- kawan. Jimat...jimat..hihi

ii) Rams Home Decor



*Gambar google
 Rams  Home Decor terletak di kawasan berhampiran Hotel De Baron Waterpark dan Pasaraya Billion, di Pekan Rabu

Disini juga ada terdapat pelbagai jenis  coklat, barangan pinggan mangkuk, beg luggage, barangan deco rumah, miyak wangi, dan lain- lain lagi yang di jual. Kepada wanita pasti rambag mata melihat pelbagai set pingan mangkuk yang cantik- cantik dengan harga yang berpatutan di sini. Secara jujurnya, aku lebih suka masuk di Rams ni, lagi- lagi bila kami menginap di Baron Hotel,  jalan kaki sahaja untuk pergi disini semata nak borong coklat lagi dan pinggan magkuk sebelum pulang.



Dimana nak dapatkan set pinggan magkuk, dan semua- semua yang cantik- cantik macam mak saya beli ni ?.  Jawapan dia di Rams Home Decor lah. Haaaa Mak- mak kita pasti rambag mata kalau masuk sini.

#Tapi sila bertabahlah waktu nak balik naik feri tu ya, nak angkat pinggan magkuk semua ni. Hahahhaha


6) KEDAI MINYAK GAMAT
  • ketiga- tiga kedai perusahan gamat ini terletak satu hala jalan sahaja. 

i) Warisan Siren Lagenda




ii) Warisan Sireh


 iii) Nusantara Maju

alamat: Nusantara Maju Enterprise, Jalan Padang Mat Sirat, Langkawi





 Berdasarkan tinjauan, kami telah meninjau ketiga- tiga kedai gamat diatas. Dan Nusantara Gamat merupakan kedai yang murah menjual gamat diatara kedai- kedai yang tersenarai diatas. Kepada anda yang ingin mencari minyak gamat murah bolehla ke sini. Selain gamat, sabun dan ubatan lain juga ada. Tapi kami hanya mencari minyak gamat sahaja. # jangan pulang tanpa minyak gamat :P

anda boleh usha di link tersebut: http://www.nusantaragamatlangkawi.com.my/ 


 Tinjauan harga dari pemerhatian dan pengalaman saya:
  • Nak cari T-shirt baju putih dewasa  lengan pendek tulisan Langkawi yang murah dengan harga RM 6/7 sehelai boleh cari di sekitar kedai- kedai Butik kecil di kawasan kereta Kabel.
  • Majoriti harga Coklat yang murah di  Perusahan Haji Ismail Group dan Rams Shoping Centre

 it's time to go back home.
.
.
 Vacation is over,  and back to reality.