Khamis, 19 Januari 2017

Naik Feri Ke Pulau Pangkor




Tahun 2016, merupakan tahun yang mencabar, Hidup penuh suka, duka, sedih. Namun itu semua merupakan asam garam kehidupan untuk menjadikan kita seorang yang matang dan kuat menempuh liku- liku kehidupan, Apa yang pasti kita sebagai hambanya hendahlah sentiasa mengingati Tuhan dan tanganinya dengan penuh tenang dan sabar. Insyallah ada bahagia yang menanti.

Memandangkan cuti sekolah kami sekeluarga sepakat bercuti di Pulau Pangkor, Perak. Setelah penat lelah bekerja, belajar dan sudah tiba masa untuk kami rehatkan minda, bergembira meluangkan masa bersama adik beradik. Walaupun hakikatnya pada ketika itu aku sedang cuti study week untuk final exam..hahahhahahahahah. *cilex kitkan kan ada. kihkih. cuti pun kerja kena submit tau. Time malam buat assigment. Siang kita berhuhuhu. Apa yang penting kita kena pandai bahagikan masa.

bermulalah pengembaraan kami ke Pulau Pangkor.

lokasi Pulau Pangkaor terletak di perairan Selat Melaka, Ia termasuk dalam daeah Manjung, Perak Darul Ridzuan. Bandar yang berhampiran dengannya di Tanah besar ialah Lumut. Para pelancong yang ingin ke Pulau Pangkor akan menaiki feri dari Jeti Lumut.



Pengunjung yang hendak ke Pulau Pangkor boleh membawa kenderaan sendiri hingga ke Bandar Lumut. Terdapat kawasan meletakkan kenderaan yang luas disediakan seperti tempat meletak kenderaan persendirian, perkarangan masjid Lumut, atau parking bertingkat Majlis Perbandaran Manjung. 


Lumut Waterfront.



Time ni duduk dalam kereta ja sambil snap picture sepantas kilat. Tengah pusing- pusing cari Parking.

parking bertingkat, setengah jam rm0.40, dikira dari jam 8pagi hingga 6 petang. (kalau tak silap saya)

*Seterusnya, Perlu mendapatkan tiket Feri di Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor.
*Feri beroperasi seawal jam 6:30 pagi hingga 8:30 malam
*kadar tambang untuk dewasa Rm10.00  dan kanak-kanak rm5.00
* Perjalanan mngambil masa selama 45 minit dari Jeti ke Pulau Pangkor
* Tiba  sahaja di Pulau Pangkor, terdapat van pink atau taxi yang boleh membawa kita ke tempat       penginapan kita


Tadaaaa, Tiket dah beli tengah tunggu masa untuk naik feri ja nih. Kami sampai ke Pangkor dalm jam 11 ;50 , Feri bertolak dalam jam 12:45. ada masa lagi kami duduk- duduk jalan  ke kedai dekat- dekat ja, tertinggal naya kau.




Inilah Tiket kami,

Kami bercuti di Pangkor selama 3 hari 2 malam, Kami menginap di Coral Bay Resort--- http://www.pangkorcoralbay.com.my/ . Secara jujur keadaan Hotel ini Best. cuma nak dapat tempat makanan agak sukar sedikit.  Yang ada dan buka pada waktu siang hanyalah kedai warung seberang jalan berhadapan dengan Hotel tersebut yang jual nasi ayam dan ABC.. Kedai makan yang lain seperti masakn ala Melayu, seafood hanya dibuka pada waktu malam sahaja.  Tapi kalau lapar nak cari maggi, roti, baju, cenderahati dekat sahaja ia terletak bersebelahan ja, jalan kaki 18 langkah samapilah. Dekat ke idok? 





Tempat Makan,  Manakala, belah kiri Kolam renang., kanan  pula pintu keluar masuk. 


That moment when you have so much thing to do, so you decide to take a nap instead, 
hahahahhaha, Apa kesah ( tunggu check in hotel ni)




in construction, dimana ni? depan hotel Coral Bay Resort ja.



 Hari kedua :

Destinasi pada hari kedua , ke Pantai Teluk Nipah, naik van Pink RM 20 perjalanan dalam 25-30 minit.


Alahai te matching colour dengan van pulak




Look forward with hope, not backward with regreat


cuba cari haiwan yang tersembunyi.

Suka putera main pasir,


Life is like a  ocean, Every time  a wave knock down you sand castle your build it again


Lepas penat bemain, terlelap putra. Hahahah memang sedap tidur kat buaiyan diserikan lagi dengan cuaca yang redup,  dan dilenakan lagi dengan tiupan angin pantai yang berdayu dayu. Berlatarbelakangkan bunyi deruan ombak menghempas pantai. Memang cun untuk melelapkan mata


HARI KETIGA ke Pantai Pasir Bogak.

Hari terakhir percutian kami di Pulau Pangkor, macam biasa bangun pagi siap untuk breakfast, time tengah main dengan putra tiba- tiba ada satu lelaki muncul hahhh kan putra. aku pula terkejut dan pandang wajah lelaki itu seakan kenal. tersedar dari lamunan dia adalah dari kumpulan Senario (Mazlan). Hahahahahah  patut macam kenal, rupanya dia ada event disitu. Apa?Gambar ?memang tiadalah, kahkahkah..

Lepas breakfast, kami dicide nak ke pantai  pasir Bogak. Jalan kaki ja, keluar Hotel ambil susur belah kiri terus ja, pantai didepan tuh dalam 10 minit jalan kaki sampai. Sebelum pulang kami baru nak mandi manda di pantai. 


Kuda Sewa pun ada,


Another day that passes in another day closer to seeing you again.


Pantai ni agak berbeza sedikit struktur pasirnya dengan pantai teluk nipah tu. Pantai yang ni banyak pasir, kalau mandi kena rendam sampai paras leher kalau tak mandi pasir lah jawabnya. Sebab ombak dia bukan sahaja bawa air tapi bawa pasir jugak. Huhuhu Aku lagi suka pantai di Teluk Nipah pasir dia kurang kalau mandi.. Tapi kalau dah suka pantai memang tak kira dah semua tuh. Redah aja mandi.

Bila balik Hotel, haaaaa amek kau sebeban pasir turut terbawa. hahhahahah..pasir pun nak jugak ikut balik yedak..hiihihi.

12:00 tengah hari bersiap kemas barang untuk check out Hotel..Tak puas lagi sebenarnya nak balik. 


MASA UNTUK PULANG



You can close your eyes in front of things you don't want to see, but you can"t close your heart in front of things you don't want to feel.




Goodbye Pulau Pangkor, till we meet again. I will miss you.


bye.bye.


POTPETPOTPET:

Kita hidup berbumbungkan langit yang sama, tapi perjalanan dan kisah hidup kita berbeza.


 memori 2016


maaf, sekiranya terdapat kesalahan dalam penulisan saya sebelum ini mengenai tambang caj parking. Terima kasih diatas perkongsian maklumat dari anda semua. Sekiranya anda ada pengalaman atau apa sahaja maklumat bolehlah berkongsi di ruang komen dibawah ini.


Sekian, maaf dari saya.

goodnight/12:00am

Selasa, 10 Januari 2017

Jom Jalan Ke Taiping, Perak






Secara jujur, aku tak tahu nak mula dari mana, cuma ingin sekadar berkongsi cerita aku. Mungkin agak membosankan tapi terpulang sama ada nak terus setia membaca atau pun boleh keluar terus dan berhenti membaca. Cerita aku ni dah lama tersimpan cuma aku tidak cukup ruang dan masa untuk menulis. hemmm pendek kata raya tahun 2016 tadi agak panjang juga cutinya jadi kami pun bercadang menziarahi haiwan di zoo taiping, Perak sambil cuti- cuti bejalan mengenali Taiping.

sebagai permulaan hari kami di Taiping kami memilih untuk menginap di Hotel Panorama, Taiping. http://www.panoramataiping.com/Apa  yang aku suka tentang Hotel ni, kedudukan dia agak strategik kerana disekitarnya terdapat pelbagai kemudahan seperti kedai runcit, Thestor, Mall taipeng, dan apa yang menariknya hotel ini bersebelahan dengan Jam Menara Taiping. So tak perlulah susah-susah nak mencarinya lagi. Lagi satu, nak cari makan pun tak susah dekat sahaja. Kami pada malam tu jalan kaki sahaja ke Mall Taiping, sebab kalau jalan kaki ni mata kita lebih melilau dan banyak yang kita dapat lihat dengan baik apa yang ada di sekitar kawasan berbanding naik kereta nih.. Maklumlah kena fokus kalau tak habis dumm bertemu jodoh dengan kereta yang lain, payah.. kihkih.


Apa yang menarik jika datang ke Taipeng.


1) MENARA JAM TAIPING


LOKASI:
Taiping Clock Tower
55, Jalan Kota, 34000 Taiping, Perak
4.852121, 100.741838
Pernah dikenali sebagai ‘The Fort’ merupakan mercu tanda ikonik Bandaraya Taiping. Struktur asalnya dibina pada tahun 1881 menggunakan kayu kemudian dibina semula menggunakan batu pada tahun 1891. Sekitar tahun 1908 hingga 1950, bangunan ini dijadikan sebagai ‘ Town Police Station’ dan Balai Bomba.






jalan kaki berapa langkah dah sampai ke Menara Jam Taiping. hihihi. Maklumlah Hotel sebelah ja.bangun pagi buka tingkap pun dah boleh lihat.


2) TAMAN TASIK TAIPING
Jalan Taman Tasik
34000 Taiping, Perak
4.848761, 100.748593
Ikon Bandar Taiping ini juga dikenali sebagai Pokok Pukul 5. Ia mula ditanam pada tahun 1898 oleh Pegawai Taman Kerajaan ketika itu Mr. R. Derry. Nama saintifik pokok ini ialahSamanea Saman. Deretan pokok ini dibiarkan menghiasi jalan yang mengelilingi Taman Tasik Taiping yang merupakan taman awam pertama di Tanah Melayu.





Aku jatuh cinta pada pemandangan disekitar Taman Tasek taiping* gambar google tu yang cantik nih,gambar sendiri sudah hilang terdelete mungkin. Sob

3) Zoo Taipeng, Night Safari
baru masuk tajuk kita naaa...

sebenarnya, tujuan kami ke Taiping nak ke Zoo sahaja demi menunaikan permintaan abang yang nak sangat ke Zoo. Kebetulan raya masih cuti lagi tu yang plan pergi ke Zoo. Kami pula join sajalah, bukannya  tak pernah pergi  zoo, cuma saja nak meriahkan lawatan bersama adik. lagipun jarang sekali dapat meluangkan masa bersama keluarga kan. Jadi dah alang- alang cuti nih kita jalan- jalan bersamalah, sambil gelak- gelak sakan, Ini lah kenangan yang paling mahal yang tak bisa dibeli dengan duit. Hargailah keluarga kita selagi mereka masih ada.




LOKASI :
ZOO TAIPING
Jalan Taman Tasik, 34000 Taiping, Perak
4.854820, 100.751426
Dikenali sebagai Taman Mergastua merupakan taman zoologi pertama di Malaysia dan dibina sebagai zoo oleh Majlis Perbandaran Taiping serta dirasmikan sepenuhnya oleh Sultan Idris Shah II pada tahun 1961. Zoo Taiping akhirnya memperkenalkan konsep zoo malam “Night Safari” pertama di Malaysia  pada tahun 2003. Night Safari dirasmikan oleh Sultan Azlan Muhibbudin Shah.
Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964. Dengan kawasan seluas 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka dengan mengutamakan habitat asal haiwan yang dipamerkan. Zoo Taiping kini menjadi tempat habitat kepada lebih 1300 ekor haiwan yang terdiri daripada 200 spesies. Antaranya ialah harimau, gajah, singa, badak air, Zirafah, Orang hutan  dan banyak lagi. Selain itu ia juga menjalankan program pembiakan dan konservasi hidupan liar dan telah berjaya membiakkan beberapa spesies seperti harimau, singa, Siamang, Rusa, Nilgai, dan Burung Kuak. Selain itu, Zoo Taiping turut memperkenalkan program 'Malam Safari' atau 'Night Safari' yang memaparkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dan telah bermula sejak Mac 2003 lagi.
Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan terletaknya di kawasan semulajadi di Taman Tasik Taipeng berhampiran kaki Bukit larut (Maxwell Hill). Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi. Zoo Taiping merupakan zoo awam pertama yang dibuka di Malaysia.(wikipedia)

 Pembukaan night safari diantara yang pertama di Malaysia dan menjadikan ia antara zoo yang pertama yang membuat aktiviti yang sedemikian. Pembukaan night safari dipercayai oleh pihak pengurusannya menjadi satu daya tarikan di Taiping mahupun di Malaysia. Pada 1 Mac 3013, ia telah dibuka dan beroperasi. Waktu operasi untuk night safari bermula dari jam 8.00 malam hingga ke 11.00 malam, (hari Isnin - Jumaat) dan 8.00 malam hingga ke 12.00 malam (Sabtu)

Memang pemalu , tu yang taknak pandang kita tu

Kesian tengok Gajah ni, Panas terik tempatnya. Mungkin gajah memang perlukan tempat panas kut sebab kulit gajah kan tebal, jadi bahang panas nyer tuh tak terasa olehnya mungkin. * Mujur ada Qu Putehh..hahahhah

 Ni yang seronoknya ke Zoo Taipeng ada Kuda Belang, Boleh lihat dengan jarak dekat.

 Ada bangau, Kuda Belang, Burung Unta, dan Ehhhh, Zirafah, laaaa. Meh ler sini Zirafah...
Haiwan lagi menarik perhatian kanak- kanak berbanding Taman Mainan nih mungkin.huhuhu



Memerang, datang Sambut kita nih




Bunyi mengaum sahut menyahut antara singa jantan dan  cik Singa betina ni bergegar satu Zoo tau, Kanak- kanak yang menangis pun boleh terdiam  dan terpaku. Aku yang besaq ni pun takut jugak tau.

Jeng jeng jeng....

Apakah itu? hahhaha  besaq nyer lahai. Haram jejak tanah dan rumputnya.hahahaahhaha


Comel nyer dia.. Mata tu, jaga- jaga naaaa...

Yang Malas jalan, bolehla naik Kereta Api nih. Free jaa..Tinggal naik ja.



Dia malu, tu yang semua tak nak pandang Camera. hihihi


Nyenyak sungguh dia lena. Sebaik comel



Macam biasa, main nyorok- nyorok dengan kita


Anda bijak? cuba cari dimana saya? comel je kat atas tu


ikan kaloi.. * teringat cerita bawang putih bawang merah. kahkahkah



Orang Utan. Kesepian dia di situ.






p/s : Kebanyakan haiwan tidur di waktu siang. Tetapi berjaga diwaktu malam. Anda juga bolehla datang ke Night Safari Zoo Taiping pada waktu malam untuk melihat haiwan- haiwan diberi makan. Selain daripada gambar haiwan- haiwan diatas ni terdapat juga haiwan lain.

Suka Abang dapat pergi Zoo. Banyak haiwan yang abang dah kenal dan dapat lihat dengan lebih dekat

Selamat bertandang ke rumah saudara sempena  Hari Raya ini.hihi


 TAMAT CERITA ZOO , JOM KITA KE TEMPAT YANG SETERUSNYA.



3) BUKIT LARUT (MAXWEL HILL)
LOKASI :
Jalan Bukit Larut
34000 Taiping, Perak
4.860529, 100.759907

Bukit Larut merupakan kawasan reakreasi Tanah Tinggi di Negeri Perak. Bukit Larut atau Bukit Maxwell dinamakan sempena nama Residen British iaitu George Maxwell 1880. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah celsius dan boleh mencecah 10 darjah celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam di lereng bukit.
Destinasi yang tidak dirancang. Tak de hal lah naik bukit pakai kain. 




p/s kami dapat bergambar ja, sebab pada ketika itu, kami dimaklumkan bahawa kereta jep mempunyai masalah break. Tu yang tak dapat naik bukit tu.hihihi


Tak pa, lain kali kita mai sini naa..



4)KOLAM RENANG,
BERSEBELAHAN DENGAN BUKIT LARUT.




 5)PENJARA TAIPING


Tempat ini istimewa sikit. Hanya boleh dilihat dari jauh sahaja. Sebab untuk menuju ke tempat- tempat yang disenaraikan diatas haruslah melalui penjara Taiping ini yang terletak di tepi jalan sahaja. Jangan ada angan- angan pulak untuk masuk ke sini ya. Sesungguhnya kehidupan di luar adalah lebih indah sekiranya kita pandai membawa diri kita ke arah yang baik.

Penjara Taiping juga dikenali sebagai Penjara Larut dan Pusat Latihan Penjara Taiping. Ia dibina pada tahun 1879 semasa pemerintahan Inggeris. Pembinaan penjara ini bertujuan untuk mengawal penentangan Orang Melayu terhadap Inggeris di samping bertambahnya kejadian jenayah seperti pembuhuhan, rompakan, kecurian dan lanun. Struktur fizikal awal penjaara ini dikelilingi pagar kayu setinggi 9 kaki.

Ya memang tinggi...




 POTPETPOTPET:

THE BEST FEELING OF HAPPINESS IS WHEN YOU ARE HAPPY BECAUSE YOU'VE MADE SOMEBODY ELSE HAPPY.
......
Happy New Year 2017,
 Time flies too fast
Night, 12:51am


zzzz