Ahad, 10 Julai 2016

Temuduga Medsi dan UPSI 2016


''Believe in miracle when making a Dua.
Allah is the owner of all conditions, and
nothing is beyond His Ability!!''.

Syukur Alhamdulillah untuk nafas, nyawa, kesihatan dan kebahagiaan yang diberikan oleh ALLAH. Setelah sekian lama menyepi kini baru ada masa untuk aku update blog. Kali ini aku nak share sedikitlah pengalaman aku menghadiri temu duga Medsi dan juga temuduga bagi Pendidikan. Insyallah mana tahu lepas ini rezeki awak- awak pula yang dapat panggilan temu duga. jadi bolelah  buat persediaan  diri serba sedikit. hihihi

0.1 straight to the point. aku dapat panggilan medsi 

 Apa itu Medsi ?
  1. "Medsi ialah Malaysian Educators Selection Inventory" yang melibatkan aspek seperti berikut:
  • teori dan teknik dalam pengukuran pendidikan psikologi
  • mengcangkup pengukuran pengetahuan, sikap, kemampuan dan sifat keperibadian.
2. Apa soalan Medsi yang ditanya dalam ujian tersebut?
  • ujian Medsi ada 300 soalan dan anda dikehendaki menjawab dalam masa 1jam 10minit yang terdiri daripada soalan :
  • personaliti
  • minat kerjaya
  • nilai integriti
  • dan kecergasan emosi
# p/s tapi masa aku jawab ujian medsi ini kita orang tak kira masa pun. jawab jelah main suka hati berapa lama masa yang kita orang nak duduk menghadap komputer tu. sebab time tu sistem komputer diaorang rosak dan line wifi pun problem. hmmm banyak kali juga kami mencuba. faham-faham jela kan.

    3. contoh soalan yang ditanya melibatkan:?
  • ya atau tidak
  • setuju atau tidak
  • setuju, tidak setuju, sangat setuju dan sangat tidak setuju
 # p/s jawapan anda hendaklah konsisten dan punyai ketegasan dalam mengatakan sesuatu perkara itu dengan memilih jawapan "sangat tidak setuju ataupun sangat setuju sahaja''dan pastikan jawapan tersebut benar melambangkan diri andalah. kebanyakan soalan yang ditanya berulang kali.

 contoh soalan :1) Anda melihat bendera dijadikan lapik alas meja ( setuju,tidak setuju, sangat setuju,                               sangat tidak setuju)
                         2) Adakah anda minat bertukang ( ya, tidak)


0.2 temuduga pendidikan.

Alhamdulilah, lulus ujian Medsi, then langkah yang seterusnya hadirkan diri ke temuduga pendidikan di UPSI. 

masa ni hanya ALLAH sahaja yang tahu bagaimana perasaan ini, gemuruh tu takde sangat cuma takut aku tak dapat jawab soalan yang di tujukan. heee. aku adalah orang yang ke4 ditemuduga. Mak aii time nih aku masih lagi hafal-hafal  tahi ayam tentang isu semasa, tentang yang berkaitan UPSI lah, macam-macamlah. Inilah akibatnya bila buat preparation last minit.( sibuk kerja takde masa kot ngehngehngeh) Orang lain duduk relax je main fon sembang-sembang. tapi dalam hati depa sapa tau betul tak?

sambil duduk tu adalah berkenal-kenalan dengan kawan-kawan baru, siap share nota-nota bagai nih.hahaha. bukan apa ilmu tu janganlah kedekut sangat, mana tau perkongsian ilmu yang express nih mendatangkan manfaat bersama lagi-lagi bila kedua-duanya pun berjaya temuduga. Amin..Cantik sangat dah aturan Allah tu.

time kami hari tu interview sorang demi sorang ya, bila dipanggil nama baru masuk then buat ujian test matalah. samaada rabun atau tidak.

soalan yang ditanya berdasarkan jurusan  yang kita ameklah.
  1. Kenalkan diri anda. 
  2. Apa maksud SRT ( akak redah ajelah dik oi) walaupun aku amek ERT tapi aku dah lupa! dan tertinggal nak study tentang ert sebab terlalu fokus dekat isu semasa.
  3.  Kepentingan kita belajar SRT * dalam BI-secara umum
  4.   Apa kepentingan lelaki mengambil SRT * dalam bi
  5. * macam mana sambutan raya dekat tempat aku,meriah ke?
  6. * ada apa-apa soalan ke( nak je aku jawab boleh tanya soalan lagi tak dekat saya dalam BM, sebab saya tak puas jawab soalan prof,) 

# P/S secara jujur BI aku tak berapa baik. masa aku jawab pun main redah je, so jawapan yang aku berikan buat penemuduga tergelak.  -.-''  HAHAHA.

Selesai temduga dalam jam9. tunggu kenkawan kiri kanan temuduga ,sembang sikit then aku pun balik. Semoga aku lulus temuduga ini dan menjadi cikgu ERT. insyallah amin...

potpetpotpet : Making a big life change is pretty scary, But know what's even scarier ?
Regret.

Always remember:
No matter which situation
you're in right now.

Allah chose it for you.
Dont't be sad,
don't complain.

Allah knows best
And he will give you the best.
even if it takes time.

Be thankful for everything,