Jumaat, 17 Januari 2020

JBR BUNDLE DAMANSARA

seperti yang dijanjikan, episod kali ni, saya nak bawa anda semua, ikut saya selam bundle pula. Ngeh Ngeh
Jom kita ke JBR Bundle Damansara ( terbesar di Malaysia)
let's go geng, blup blup


kalau anda nak tahu, JBR Bundle ni, salah satu bundle yang terkenal jugalah di Malaysia. Dan JBR Bundle juga banyak cawangan, anda Google sajalah yang mana berdekatan dengan rumah anda ya๐Ÿ˜„ tapi apa yang saya tahu, salah satunya, ada di Shah alam dan Kuala langat.

⏰waktu operasi bermula jam 12 tgh hari- sampai 2 pagi. yoww



Apa itu Bundle?
Bundle membawa pakaian terpakai yang diimport dari luar negara seperti Jepun, US, Korea dan negara- negar eropah lain. Dimana, pakaian ini akan dikumpulkan lalu dibungkus di dalam guni. dan dipanggil sebagai BUNDLE. kemudian, guni- guni bundle ini akan dijual kepada pembekal secara pukal. 
   namun begitu, selain daripada pakaian terpakai, terdapat juga pakaian yang baru boleh kita temui siap dengan tagging dan kemungkinan besar pakaian ini tidak pernah dipakai langsung atau pakaian ini adalah pakaian reject atau stock lama dari kedai- kedai.

  
 ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
Apa yang menariknya di JBR Bundle Damansara ni, anda boleh mendapatkan pakaian yang berharga RM2 tau, yang ni serious saya tak tipu, dan walaupun harganya RM2, kualitinya masih baik. Asalkan anda pandai pilih
p/s: bahagian pakaian yang berharga RM2 berada di tingkat atas


Dari baju kanak- kanak sampai ke baju dewasa ada jual di JBR Bundle ni, jangan risau.
Haaa yaa lagi satu, jika anda mencari seluar yang trendy masa kini macam design kotak- kotak, jalur ke boleh dapatkan di JBR Bundle Damansara. Saya sudah mendapatkannya, anda bila lagi tu๐Ÿ˜ tak mahal pun RM5 ringgit ja



Apa sahaja yang anda nak cari, seperti baju Jersey, baju Tshirt lengan panjang, Baju hoodie, Baju lumba kereta F1 tu semua ada, Ya adaaaa




nak bergaya, tapi budget ciput atau anda seorang yang suka barang vintage boleh dapatkan beg tangan di sini.๐Ÿ‘‡


Dan jika anda ingin bercuti di luar negara? ingin mencari pakaian winter?  di JBR Bundle adaaa, Ya adaaa, tak payah susah- susah pergi cari kat tempat lain, murah pun murah juga, kan dah jimat disitu, jadinya duit yang ada tu bolehla simpan untuk beli ole- ole masa holiday tu nanti.๐Ÿ˜†
p/s: pakaian untuk Hiking dan winter di tingkat 2





Bahagian pakaian yang berharga RM 12๐Ÿ‘‡






Ingin tampil berfashion ketika holiday? nak ootd tema ala- ala hawai? sinilah dia tempatnya di JBR Bundle, nak cari semua outfit tu...๐Ÿ˜Ž๐Ÿ‘‡

Branded iteam๐Ÿ‘‡









kasut kulit untuk pergi kerja? ada jugaaa.๐Ÿ‘‡




di JBR Bundle Damansara ni juga, terdapat barangan mainan, barangan bayi, pinggan mangkuk dan lain- lain juga.



Penat menyelam? nak duduk rehat, jangan risau, di sini juga ada disediakan tempat yang selesa untuk anda duduk. Jika haus, minuman sejuk juga ada dijual di sini tau.๐Ÿ˜†



Maklumat lanjut mengenai waktu operasi ๐Ÿ‘‡


Review jujur dari saya:
  1. ofcouse pakaian yang dijual berpatutan, murah, dan kualiti masih ok overall.
  2. Seluar dan baju T-shirt boleh didapati dengan harga RM2- RM 5- RM12 ringgit tau. Berbaloi sangat( yang ni saya suka ada Rm2)hiks ..
  3. Susun atur yang teratur, kemas, dan cantik mudah untuk mencari sesuatu item tersebut.
  4. Oh lupa, kasut sneaker macam convers juga ada dijual dalam lingkungan harga RM60-80 
  5. Seluar  ada yang berharga sehelai RM2- RM 5- RM 12
  6. penat dah selam, nak ootd ala- alaa budak hipster di dalam store ni pun boleh tau ( tempat dia memang cun)


 untuk maklumat lanjut mengenai JBR Bundle, anda bolehla tekan link Instagram yang saya sediakan ni https://instagram.com/jbrbundle?igshid=n4ljv0bwqvzw

.
.JIKA KAU MENCARI SESUATU SINILAH TEMPATNYA
Selami, Gali, Temui
.
.
percayalah lagi lama anda di sini, boleh jadi gila๐Ÿ˜๐Ÿ˜‚


Related image
POTPETPOTPET: Fashion is art, and you are the canvas -velvet paper


Khamis, 16 Januari 2020

Road Thriff to Jalan- Jalan japan


Anda penggemar barangan pre loved?
sukakan barangan yang Vintage, Unik dan lain dari yang lain?
Haa jom saya bawa anda semua ikut saya ke Jalan- Jalan Japan
.
Image result for tokyo fashion

Apa itu Pre- loved tu?
Pre-loved membawa maksud barangan yang "pernah disayangi" 

pada kali ini, saya nak bawa anda semua ke Jalan- Jalan Japan๐Ÿ‘Ÿ๐Ÿ‘Ÿ
.
๐Ÿ˜ฎHaa, apa tu Jalan- Jalan Japan? tak pernah dengar pun?
๐Ÿ‘‹ok, mari  sini saya terangkan serba ringkas.
.
JJJ merupakan store barangan Pre- loved yang membawa masuk pakaian dari negara Jepun, masuk ke Malaysia. Seperti yang anda tahu, budaya masyarakat Jepun juga tidak mengamalkan sikap membazir. oleh itu, terdapat seorang pakar mengemas yang berasal dari negara jepun telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk" The Life Changing Magic of Tidying Up: The Japanese Art of Decluttering and Organizing". dimana, beliau mengetengahkan kaedah Konmari iaitu salah satu darinya adalah " Lepaskan barangan anda" kerana baginya, setiap tempat ada barangnya". justeru itu, masyarakat jepun rela melepaskan barangan kesayangan mereka untuk menempatkan sesuatu yang baru. dengan menjual barangan yang pernah mereka sayangi itu.

jika anda ingin tahu, terdapat 5 buah store Jalan- Jalan Japan yang anda boleh pergi berdekatan dengan tempat tinggal anda. Antaranya adalah:

1) One City Sky Park, USJ
2) 1 Shamelin Mall, Cheras 
3) CenterPoint Seremba
4) M3 Mall, Taman Melati
5) KIP Mall, Bangi

Tetapi untuk kali ini, saya bawa anda di store JJJ di One City Sky Park, USJ . 


Di JJJ ini juga anda boleh mendapatkan  pakaian/ barangan yang berharga serendah RM 1.00. Macam tak percaya ja kan? Cubalah cari nanti๐Ÿ˜œ


Beg sekolah, Beg travel dan perlbagai jenis begpack pun adalah senang cerita.๐Ÿ‘‡



Barangan dan kelengkapan bayi pun ada๐Ÿ‘‡

 bukan itu sahaja, barangan stationary juga ada di sini, ๐Ÿ‘‡




Ehem.. kepada anda si penggemar cartoon teadybear Disney, disini ada jual๐Ÿ‘‡ cepatlah membeli mereka, mereka dah tak sabar untuk bertemu dengan tuan baru tu.๐Ÿ˜œ


kepada anda, yang bakal berkeluarga, ingin saving budjet untuk membeli barangan kelengkapan baby seperti baby cot, stroller, bolehla datang ke JJP ni. Jimat pun Jimat jugalah dari beli sebarunya๐Ÿ‘‡




Apa yang menariknya di Jalan Jalan Japan ni, kesemua barang atau pakaian disusun dengan kemas, teratur dan mengikut pembahagian item tersebut. Jadinya memudahkan pembeli untuk mencari dan membelinya. Dan apa yang penting, bau  Bundle yang kebiasaannya tu tidak ada ada pun ya.๐Ÿ˜
 

kebanyakkan kasut terdiri daripada saiz yang kecil๐Ÿ˜‚  harga kasut tumit kebanyakkan bermula dari Rm 30. Tetapi bagi saya, tetap tidak berbaloi sangat untuk membelinya, apa- apa pun anda kena pandai pilih . jika anda bertuah, mungkin anda akan menjumpai kasut yang sesuai dengan saiz kaki anda dan mana tahu  ia dari kasut yang berjenama. huhu


Bahagian pakaian lelaki dan kasut, sneaker ( men)๐Ÿ‘‡


 Bahagain pakaian wanita๐Ÿ‘‡


baju sejuk,winter coat bulu- bulu, blazer, dll๐Ÿ‘‡

baju bayi dan kanak- kanak mengikut umur, saiz, dan warna disusun rapi๐Ÿ‘‡



Bukan itu sahaja, di jalan- jalan Japan juga, anda boleh dapatkan barangan sukan seperti bola,racket tennis peralatan senaman, papan luncur, set kayu golf, dan banyak lagi lah. penat nak senaraikan. Hiks๐Ÿ˜†
 

 ya pinggan mangkuk pun ada tau๐Ÿ˜ apa ja yang tak ada di JJJ ni.๐Ÿ‘‡


Di jalan jalan japan juga, anda boleh mendapatkan potongan sebanyak 5% tau dengan sayarat anda like & share gambar selfie anda di page facebook.๐Ÿ‘‡


saya sudah selesai menyelam, jadi inilah hasil tangkapan saya di jalan- jala japan. Anda bila lagi? takan nak tengok ja kan๐Ÿ˜†



๐Ÿ‘‰Untuk malumat leboh lanjut, anda bolehlah klick di link yang saya sediakan disini: https://www.jalanjalanjapan.com.my/

potpetpotpet: untuk bergaya tidak semestinya harus memakai pakaian/ barangan yang berjenama, apa yang penting, anda pandai menggayakannya.


Next episod, jangan lupa stay tune untuk ikuti saya selam Bundle di tempat lain pula๐Ÿ˜‰