Jumaat, 17 Januari 2020

JBR BUNDLE DAMANSARA

seperti yang dijanjikan, episod kali ni, saya nak bawa anda semua, ikut saya selam bundle pula. Ngeh Ngeh
Jom kita ke JBR Bundle Damansara ( terbesar di Malaysia)
let's go geng, blup blup


kalau anda nak tahu, JBR Bundle ni, salah satu bundle yang terkenal jugalah di Malaysia. Dan JBR Bundle juga banyak cawangan, anda Google sajalah yang mana berdekatan dengan rumah anda yaπŸ˜„ tapi apa yang saya tahu, salah satunya, ada di Shah alam dan Kuala langat.

⏰waktu operasi bermula jam 12 tgh hari- sampai 2 pagi. yoww



Apa itu Bundle?
Bundle membawa pakaian terpakai yang diimport dari luar negara seperti Jepun, US, Korea dan negara- negar eropah lain. Dimana, pakaian ini akan dikumpulkan lalu dibungkus di dalam guni. dan dipanggil sebagai BUNDLE. kemudian, guni- guni bundle ini akan dijual kepada pembekal secara pukal. 
   namun begitu, selain daripada pakaian terpakai, terdapat juga pakaian yang baru boleh kita temui siap dengan tagging dan kemungkinan besar pakaian ini tidak pernah dipakai langsung atau pakaian ini adalah pakaian reject atau stock lama dari kedai- kedai.

  
 πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
Apa yang menariknya di JBR Bundle Damansara ni, anda boleh mendapatkan pakaian yang berharga RM2 tau, yang ni serious saya tak tipu, dan walaupun harganya RM2, kualitinya masih baik. Asalkan anda pandai pilih
p/s: bahagian pakaian yang berharga RM2 berada di tingkat atas


Dari baju kanak- kanak sampai ke baju dewasa ada jual di JBR Bundle ni, jangan risau.
Haaa yaa lagi satu, jika anda mencari seluar yang trendy masa kini macam design kotak- kotak, jalur ke boleh dapatkan di JBR Bundle Damansara. Saya sudah mendapatkannya, anda bila lagi tu😝 tak mahal pun RM5 ringgit ja



Apa sahaja yang anda nak cari, seperti baju Jersey, baju Tshirt lengan panjang, Baju hoodie, Baju lumba kereta F1 tu semua ada, Ya adaaaa




nak bergaya, tapi budget ciput atau anda seorang yang suka barang vintage boleh dapatkan beg tangan di sini.πŸ‘‡


Dan jika anda ingin bercuti di luar negara? ingin mencari pakaian winter?  di JBR Bundle adaaa, Ya adaaa, tak payah susah- susah pergi cari kat tempat lain, murah pun murah juga, kan dah jimat disitu, jadinya duit yang ada tu bolehla simpan untuk beli ole- ole masa holiday tu nanti.πŸ˜†
p/s: pakaian untuk Hiking dan winter di tingkat 2





Bahagian pakaian yang berharga RM 12πŸ‘‡






Ingin tampil berfashion ketika holiday? nak ootd tema ala- ala hawai? sinilah dia tempatnya di JBR Bundle, nak cari semua outfit tu...πŸ˜ŽπŸ‘‡

Branded iteamπŸ‘‡









kasut kulit untuk pergi kerja? ada jugaaa.πŸ‘‡




di JBR Bundle Damansara ni juga, terdapat barangan mainan, barangan bayi, pinggan mangkuk dan lain- lain juga.



Penat menyelam? nak duduk rehat, jangan risau, di sini juga ada disediakan tempat yang selesa untuk anda duduk. Jika haus, minuman sejuk juga ada dijual di sini tau.πŸ˜†



Maklumat lanjut mengenai waktu operasi πŸ‘‡


Review jujur dari saya:
  1. ofcouse pakaian yang dijual berpatutan, murah, dan kualiti masih ok overall.
  2. Seluar dan baju T-shirt boleh didapati dengan harga RM2- RM 5- RM12 ringgit tau. Berbaloi sangat( yang ni saya suka ada Rm2)hiks ..
  3. Susun atur yang teratur, kemas, dan cantik mudah untuk mencari sesuatu item tersebut.
  4. Oh lupa, kasut sneaker macam convers juga ada dijual dalam lingkungan harga RM60-80 
  5. Seluar  ada yang berharga sehelai RM2- RM 5- RM 12
  6. penat dah selam, nak ootd ala- alaa budak hipster di dalam store ni pun boleh tau ( tempat dia memang cun)


 untuk maklumat lanjut mengenai JBR Bundle, anda bolehla tekan link Instagram yang saya sediakan ni https://instagram.com/jbrbundle?igshid=n4ljv0bwqvzw

.
.JIKA KAU MENCARI SESUATU SINILAH TEMPATNYA
Selami, Gali, Temui
.
.
percayalah lagi lama anda di sini, boleh jadi gilaπŸ˜πŸ˜‚


Related image
POTPETPOTPET: Fashion is art, and you are the canvas -velvet paper


7 ulasan:

  1. Setuju ayat last tuuu, makin lamaaa makin rambang mataaa😍😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe,tu yang sukar dikawal tu bTW, Terima kasih sudi singah ke blog saya. stay safe :)

      Padam
  2. baju kemaja perempuan ade yg murah murah tak?

    BalasPadam
  3. ada tak baju kemeja perempuan yang murah murah punya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai sis, ada juga, kameja tshirt formal dan casual pun ada boleh dapat dengan harga rm2-12.90 .

      Padam
  4. Kasut bola ada? Berapa harga. Size 6 or 7?

    BalasPadam
  5. Ni lah bundle pertama saya start cari baju baju untuk kegunaan pergi ke kelas

    BalasPadam