Isnin, 9 Mac 2020

Taman Eko Rimba Kanching Waterfalls Rawang Selangor

Live life by abc. 

ADVENTURE
BRAVERY
CREATIVITY



Hai apa kabar semua, selamat tahun baru 2020, harapnya belum terlambat untuk aku ucapkan. Untuk Destinasi pembuka tirai 2020 ni, aku nak bawa anda semua ke Taman Eko Rimba Kancing Waterfall yang terletak di Jalan Templer Park, Rawang. Bagaimana nak menuju ke sana, anda west je lah ya. Cornfirm sampai dengan izin Allah.


kepada anda yang gemar Hiking, Taman Eko Rimba ini juga salah satu tempat destinasi yang anda boleh masukkan dalam bucket list korang. Disini anda bukan sahaja boleh Hiking, malahan anda juga boleh mandi mandi di air terjun sambil menikmati keindahan alam semula jadi setelah penat Hiking.  gituuuu๐Ÿ˜‰




Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM 2 sahaja. Murah kan, lagi mahal korang makan aiskrim magnum tu tau.

kawasan parking di bahagian dalam

ok, untuk bayaran parking kereta, akan dicaj sebanyak RM 2.00. Kedua- dua bayaran dibuat ketika anda memasuki kawasan tersebut iaitu di pondok. Macam bayar Tol.


Seperti yang anda tahu, selangor mempunyai tujuh lokasi air terjun yang menarik di negeri ini, dan salah satunya adalah Air terjung Kancing. Keunikan kawasan ini adalah terdapatnya tujuh strata air terjun yang cantik yang boleh anda bermandi manda. Cumanya anda perlu rajin sedikit untuk Hiking  pergi ke satu point- ke satu point air terjun yang lain. Tetapi aku cuma berdaya untuk sampai ke point air terjun yang 5 sahaja, manakala, point untuk air terjun yang seterusnya aku tak berani nak redah hutan dek kerana trek jalannya pun tidak kelihatan serta orang yang hiking pun tak ada sangat, jadinya agak bahayalah bagi aku perempuan ni.


Tetapi anda jangan risau, laluan trek bersimen di bahagian bawah ada disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk jalan. tetapi treknya berbukit sedikit dan memerlukan semangat tenaga yang berkobar- kobar. Kalau aku, jangan ditanya, cepat pancit, tetapi semangat nak mandi air terjun pagi- pagi tu membuatkan aku gagahkan jua.๐Ÿ’ช๐Ÿ˜Œ Tetapi apa yang boleh aku janjikan adalah, suasana yang aman damai, tenang, sepi, dan air yang jernih.

Air terjun di Point 1๐Ÿ‘‡
Laluan ke point 1. tapi sangat berbahaya, disebabkan anda perlu menuruni laluan tersebut. Tapi aku tak pasti sama ada, adanya laluan lain yang lebih selamat utnuk menuju ke bawah ni. so aku tak berapa galakan untuk anda ke point ini.
#Safety first guys.


Air terjun di point 2๐Ÿ‘‡
p/s: Air terjun , agak kotor dengan sampah sarap daun sedikitlah.


kalau hari wekend ni, penuh juga parent bawa anak kecil bermandi- mandi di point 2 ni, disebab ia lebih cetek dan selamat.



Air terjun di point 3๐Ÿ‘‡
Image result for eco rimba kanching rawang
* gambar google
p/s: ini port Kawasan  lelaki- lelaki kebanyakkan bermandi manda disini, maklumlah air di point 3 ni anda boleh berenang- renang gitu.


Air terjun di point 4๐Ÿ‘‡
jika anda inginkan keadaan yang tenang, air yang bersih, tak ramai orang sangat, bolehlah ke point ke 4 ni.



boleh lihat, betapa jernihnya air terjun di point 4 ni, cumanya, kalau rasa nak berenang tu tak bolehla sebab air cetek. Tapi anda masih boleh baring rendamkan badan juga.
p/s: Air terjun di point 4 ni, tak ramai orang,  disebabkan airnya yang cetek. Tapi sangat bersih.


Air terjun di point 5๐Ÿ‘‡
Jika anda inginkan suasana  lagi priversi, selam- selam, sambil buat urutan spa ikan bolehla ke point yang ke-5๐Ÿ˜‚tetapi cabaran nak ke sini, agak berbahaya sedikitla laluan treknya kerana anda perlu menyusuri denai hutan sikit.
p/s : gambar tak ada๐Ÿ˜‚


Apa yang seronoknya, Taman Eko Rimba  Kanching Waterfall ini, adalah, anda juga boleh menyaksikan mini Zoo seperti Ular sawa, Burung kakak Tua. Tetapi sekiranya anda ingin bergambar dengan haiwan- haiwan tersebut maka, bayaran akan dikenakan. ( camera sendiri tidak dibenarkan). Cuma satu haiwan sahaja yang free of caj kalau anda ingin bergambar bersamanya iaitu Monyet liar yang terdapat dikawasan tersebut๐Ÿ˜‚sungguh banyak sekali.. tetapi di ingatkan agar sentiasa berhati- hati. #Beware. Monyet disini, tangan panjang,  cepat menggapai dan tidak jinak ya guys. Huhu

1) Tangkap gambar bersama, burung Kakak Tua.
* Bayaran dikenakan ya


2) Tempat ular dipamerkan
*  caj akan dikenakan, sekiranya anda ingin bergambar bersama ular- ular
p/s: masa aku pergi ni, hari jumaat, so cuti mungkinya, tapi kalau wekend, tu ada, sebab ramai pelancong dalam dan luar negara juga datang. So ramailah pengunjungnya.

Kemudahan lain yang disediakan adalah:๐Ÿ‘‡

1) Kedai serbaneka




2) Gerai makan dan minum

 p/s: jika boleh sarapan lah siap- siap dirumah, kerana harga nasi lemak , dan minuman yang dijual disini untuk sarapan pagi mahal sekali ya.

3) Pejabat hutan

 4) Surau
Jadinya tidak adalah alasan untuk tidak menunaikan solat, setelah leka bermandi manda tu kan๐Ÿ˜‰



5) pondok untuk istirehat


6) Tandas dan Bilik Mandi
* Caj masuk dikenakan sebanyak 0.50 sen sahaja.


 Jomlah kita pulang,  penat sudah bermandi- manda, ehh tak, penat sebenarnya mendaki dan menuruni bukit๐Ÿ˜‚

peringatan mesra buat anda semua:
  1. Makanan yang dijual di  gerai makan, harganya agak mahal. jadi pesanan aku, sarapan dululah dirumah ya. melainkan anda tiada masalah harga. huhu 
  2. Tiada tempat simpanan barang/ locker berkunci, pandai- pandailah jaga barang masing- masing
  3. Jaga kebersihaan alam sekitar, jangan membuang sampah merata, untuk kebaikan kita semua.
  4. Monyet liar amat banyak sekali, jadinya anda harus berhati- hati.
  5. Jika anda ingin pergi di hari weekend, pastikan anda, tiba awal. Jika lewat, maka ramai lagilah pengunjung. Jadinya, agak terhad untuk bermandi mandi gitu, especially bagi yang perempuan. Hari biasa pun ramai jugak, apatah lagi di hari weekend.๐Ÿ˜„๐Ÿ’ญ
.
.
Jika anda ada pengalaman bermandi manda di  air terjun yang terdapat di selangor juga, anda bolehla comment, kat ruangan comment dibawah untuk sharekan tempat tersebut.๐Ÿ˜‰ kita pun nak pergi jugak.. lalalala


potpetpotpet: " The Best View Comes After The Hardest Climb"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan