Rabu, 25 November 2020

JBR BUNDLE KLANG


Anda kaki selam Bundle? 

haa,  apa lagi jomlah ikut aku ke JBR BUNDLE Klang

Tak payah cakap banyak, Let's Go geng. blupblupp

Sebelum ni, aku pernah ceritakan tentang JBR Bundle Damansara kan, tapi kali ni aku nak bawa anda semua ke JBR Bundle yang terbaru yang terletak di Klang pula. Eh tak pernah tahu pula kan? haaa kalau anda nak tahu JBR Bundle Klang ini telah dibuka pada 29 Februari 2020.

Alamat : Lot 104273, Tempat Revolusi Hijau Batu 5, Kampung Johan Setia 41200 Klang, Selangor

Waktu operasi: 12pm- 2 am

Untuk entry kali ni, aku kasi layan gambar sajalah ya, memandangkan banyak yang telah aku ceritakan mengenai Bundle Pada entry lepas- lepas aku. Jadi, Kalau korang terlepas untuk baca, di sini aku sediakan link untuk korang. http://saljuieyana.blogspot.com/2020/01/jbr-bundle-damansara.html

JOM LAYAN.....

Kepada anda penggemar/ pengumpul kasut Vans, Sneaker dan lain- lain bolehla cuba usha di JBR Klang ni. Manala tahu rezeki korang untuk jumpa barang boek kan. 😎



Close up sikit. Cun ke idak?


Kasut casual, Kasut kulit dan pelbagai lagilah ada juga..

Add caption


Seluar tracksort, Jean, denim, seluar retro  ada juga, rajin dan tidak ja untuk anda selak satu persatu untuk jumpa saiz anda.😎







Baju jubah/ Abaya pun ada di JBR Bundle pun ada ya Kakak, Makcik, Adik- adik semua. Bukan tu sahaja ya, jika adik kakak mencari baju blouse, baju denim jubah pun ada. Ya adaa


        yeah, lagi- lagi bila musim summer, maka trend denim jaket pun semakin hangat geng. Takkan tak nak ber OOTD ikut trend kut. huhuuuuu. Jimat pun, jimat juga, sekiranya anda membeli di JBR Bundle ni. Harga sepasang baju denim jaket ini pula sekitar 12.90  sehelai jauh lebih murah. Jika anda membeli denim Jaket ini di luar( mall) harga round RM 80-200 ringgit tau.😎
        Justeru itu, jadilah pengguna bijak. Berfesyen tak semestinya perlu pakai pakaian branded sahaja, apa yang penting anda pandai menggayakannya dengan cara yang bijak maka, terus nampak mahal dan ber " class" gitu.

 
Gambar ni diatas ini pula, menunjukkan tingkat stor yang kedua,kategori barangan Baranded iteam, Winter dan Hiking item untuk lelaki.  Untuk tingkat atas ni, kalau anda nak tahu lebih lanjut, anda sendirilah kena datang ke JBR Bundle ni. haaaa kiranya, ni gambarTeaser sajalah yang aku pamerkan, supaya anda semua berkunjung ke JBR Bundle Klang ini.






Tidur malam sejuk? sampai sakit tulang? tapi kurang budjet nak beli?. Haaa jangan risau di JBR Bundle Klang pun ada menjual selimut, Comforter, tilam toto dll. 



Antara, fasility yang ada di JBR Bundle, terdapat ruang surau untuk solat yang telah disediakan. Jadinya, dalam pada kita duk selam baju- baju Bundle tu, jangan lupa juga tanggungjawab kita dalam menunaikan solat ya. Barang boek dapat, pahala pun dapat πŸ˜‰ gituuu.

Pada pendapat aku,  barangan Bandle yang di jual di cawangan JBR Damansara, JBR Klang dan JBR Shah alam, tidaklah jauh banyak bezanya. Apa jenis barangan yang dijual kesemuanya ada di semua cawangan JBR Bundle. Senang cerita, apa yang anda nak cari semua adalah dijual di JBR bundle ni, yang tidak ada, adalah jodoh saya saja. itu lah kurangnya. EhhhπŸ˜… hahahah # gurau.

    Review mengenai JBR Bundle Klang:

1) Suasana, ok nyaman ada dendangan lagu yang dimainkan, so kita takdelah rasa busan sangat sewaktu menyelam.

2) Dari segi pakaian, baju dan semua jenis seluar pula harga bermula sekitar RM5- RM++

3) Ada disediakan surau, tandas untuk kemudahan pengungjung. Jadinya bagusla dalam mempermudahkan segala urusan hidup dan akhirat.

4) Apa yang tak bestnya adalah, di JBR Bundle Klang tidak ada bahagian pakaian yang berharga RM2 seperti yang ada di JBR Bundle Damansara. Ke aku ja yang tak jumpa? kalau ada sila bagitahu ya, supaya aku boleh datang lagi ke JBR Klang untuk shopping sekali lagi.  kihkih

5) keadaan agak panas, cuma ada kipas sahaja. Jadinya, memang berpeluh sikitla ketika aktiviti selam gali ni. Tapi ini hal biasa. Ingin di ingatkan sekali lagi, jika anda sejenis yang duduk dalam sejuk aircond ini bukanlah tempat anda. Percayalah, anda tak akan bertahan. 

6) Port kawasan lepak untuk tangkap gambar Swang takde sangat. Tapi jika anda seorang yang kreatif hal itu tidak menjadi masalah, kerana disetiap sudut dan tempat ada keunikan dan tarikan sendiri. Yang penting anda pandai cari angle.


potpetpotpet: Apa yang boleh aku katakan berbelanja di Bundle, menjimatkan duit  lagi- lagi diwaktu ekonomi sekarang ni. Bukan itu sahaja, malahan anda juga boleh bergaya dengan budjet yang rendah. 😎

Sebelum apa- apa terjadi. aku cuma nak bagitahu yang aku berkungjung ke JBR Bundle Klang ni sewaktu awal tahun sebelum wabak covid melanda seluruh dunia. Cumanya, baru sekarang aku ada masa untuk menulisnya. Apa- apa pun, jangan lupa norma baharu dan sentiasa amalkan penjarakan sosial dan memakai mask sekiranya anda di tempat awam.

Stay safe everyone

.

.

and  always remember you are loved .πŸ’–




Rabu, 4 November 2020

Bukit Merah Laketown Resort


tiada kata aluan untuk diberikan, marilah terus kepada pembacaan. semoga sedikit sebanyak perkongsian dari pengalaman aku ini dapat memberikan manfaat untuk anda. 

Entry kali ini, pendek sahaja, dimana aku nak kongsikan kepada anda semua pengalaman aku ke Bukit Merah Laketown Resort. Pendek kata, aku hanya nak share perkara penting sajalah supaya anda semua boleh mempersiapkan diri dan bersedia sekiranya ingin bermandi manda di BMLR supaya apa yang berlaku dekat aku, tak berulang dekat anda semua. Buat spoil percutian anda saja tau nanti.😁

Harga tiket masuk:

 RM 20.00 seorang ( Dewasa) 

tetapi sekarang ada promosi anda boleh dapatkan tiket masuk dengar harga promosiπŸ‘‡

RM 30.00  bagi 2 Orang ( sehingga December 2020 untuk bayaran secara online sahaja)

Disini aku sediakan Link pembelian Ticket secara online untuk memudahkan urusan korang https://extendedsplashtimewaterpark.peatix.com/  @ untuk pertanyaan boleh direct ke link Whatapps https://linktr.ee/BMLR


Sekiranya, anda telah membeli tiket secara online bolehla terus ke kaunter 3, dan tunjukkanlah penyata pembelian online anda tersebut.


Antara permainan yang ada di WaterPark ini.πŸ‘‡


kepada anda yang gemar aktiviti lain bolehla usha pada gambar dibawah ini.πŸ‘‡



Banyaknya Youtuber😜

Terdapat gerai- gerai kecil yang menjual makanan dan minuman juga. Jadi tak perlu risau sekiranya naik mandi anda berasa lapar. hehe

Keychain, Fridge Magnet, dan lain- lain juga da dijual untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Harga murah- murah sahaja.
RM 3 satu

p/s:

2) Jika anda beli tiket secara online, silalah tiba lebih awal sekitar jam 8 pagi dan teruslah terpacak berbaris depan kaunter terus. Miskinpun kaunter dibuka jam 11 pagi.😡 Bertabahlah ya. Bukan saja- saja ya aku katakan sebegini, tapi ada kebaikannya, terutama musim Covid kemasukan ke Waterpark hanya seramai 2000 orang sahaja, bila dah full maka, anda terpaksalah menunggu sehingga pengunjung didalam waterpark itu keluar(pulang). Dan barulah anda dapat masuk.

* Kemasukan ke WaterPark adalah berdasarkan siapa cepat dia dapatlah masuk. Tak kira anda Walk in atau beli secara Online. That why, tolonglaa tiba seawal yang boleh. Kalau boleh jam 7 am tu terpacaklah terus dekat Kaunter tu ya.

3) pakai pakaian yang bersesuaian, seperti baju swimming, baju kain jersi ke, dan elakan dari memakai seluar Tracksuit.

4) bawa pelampung sendiri sekiranya anda taknak sewa dan rasa menyesal sekiranya tak pandai berenang. kihkih

5) bawa/ pakai foncase waterprof sekiranya anda seorang kaki bergambar. Tapi jangan risau banyak dijula di kedai- kedai kecil yang terdapat disini dengan harga yang murah sekali (rm3). Berbaloi lah berbanding beli diluar.

6) tak perlu bawa beg baju besar- besar, sebab locker sewa yang disediakan bersaiz kecil sahaja.

7) Harga locker    : RM 35.00

                            : RM 15 ( locker)

                            :RM 20 (deposit)

Apa yang menarik di water park Bukit Merah LakeTown ini adalah:

1. Giant wet Bubble

*sumber google

2. Boomerang

*sumber google

3. Crazee cone

*Sumber google

4. Sand Beachfront waterpool

*Sumber google

Sand Beachfront waterpool ni, bagi aku menarik sekiranya anda ingin merasakan suasana mandi pantai, kerana airnya berombak. tapi lagi seronok sekiranya, anda membawa atau menyewa pelampung terutama kepada mereka yang tak reti berenang. Semasa ombak dipasang, anda bolehla menikmatinya sambil mendengar lagu- lagu yang dimainkan. Baru enjoy 😎 yang tak reti berenang sila, pakai pelampung jika anda tidak mahu dihanyut oleh arus ombak. huhuuu. 
        manakala, yang lain- lain nama yang tidak disebut itu macam biasa saja yang terdapat pada setiap taman tema air.
        Pada pendapat aku, WaterPark  BMLR ni taklah seronok sangat pun, tapi bolehla kala nak bawa anak- anak untuk mandi- manda lagipula harga kemasukan ke Wataerpark ini murah dan mampu miliklah. Tapi apa yang penting, memori bersama keluarga yang diciptakan itulah yang indah untuk kita simpan.
        Seronok tu seronok juga, Tapi ingat Kita masih belum menang dengan Covid ini, Jaga jarak dan jangan lupa Pakai Penutup Muka dan sentiasa sanitiser tangan anda.

PotPetPotPet: Sometime, a break from your routine is the very thing you need.
.





Aku rasa, ni entry paling pemalas yang aku buat.
.
semoga korang dapat info dari penulisan aku
.
Don't forget to love yourself.







.



Isnin, 9 Mac 2020

Taman Eko Rimba Kanching Waterfalls Rawang Selangor

Live life by abc. 

ADVENTURE
BRAVERY
CREATIVITY



Hai apa kabar semua, selamat tahun baru 2020, harapnya belum terlambat untuk aku ucapkan. Untuk Destinasi pembuka tirai 2020 ni, aku nak bawa anda semua ke Taman Eko Rimba Kancing Waterfall yang terletak di Jalan Templer Park, Rawang. Bagaimana nak menuju ke sana, anda west je lah ya. Cornfirm sampai dengan izin Allah.


kepada anda yang gemar Hiking, Taman Eko Rimba ini juga salah satu tempat destinasi yang anda boleh masukkan dalam bucket list korang. Disini anda bukan sahaja boleh Hiking, malahan anda juga boleh mandi mandi di air terjun sambil menikmati keindahan alam semula jadi setelah penat Hiking.  gituuuuπŸ˜‰




Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM 2 sahaja. Murah kan, lagi mahal korang makan aiskrim magnum tu tau.

kawasan parking di bahagian dalam

ok, untuk bayaran parking kereta, akan dicaj sebanyak RM 2.00. Kedua- dua bayaran dibuat ketika anda memasuki kawasan tersebut iaitu di pondok. Macam bayar Tol.


Seperti yang anda tahu, selangor mempunyai tujuh lokasi air terjun yang menarik di negeri ini, dan salah satunya adalah Air terjung Kancing. Keunikan kawasan ini adalah terdapatnya tujuh strata air terjun yang cantik yang boleh anda bermandi manda. Cumanya anda perlu rajin sedikit untuk Hiking  pergi ke satu point- ke satu point air terjun yang lain. Tetapi aku cuma berdaya untuk sampai ke point air terjun yang 5 sahaja, manakala, point untuk air terjun yang seterusnya aku tak berani nak redah hutan dek kerana trek jalannya pun tidak kelihatan serta orang yang hiking pun tak ada sangat, jadinya agak bahayalah bagi aku perempuan ni.


Tetapi anda jangan risau, laluan trek bersimen di bahagian bawah ada disediakan bagi memudahkan pengunjung untuk jalan. tetapi treknya berbukit sedikit dan memerlukan semangat tenaga yang berkobar- kobar. Kalau aku, jangan ditanya, cepat pancit, tetapi semangat nak mandi air terjun pagi- pagi tu membuatkan aku gagahkan jua.πŸ’ͺ😌 Tetapi apa yang boleh aku janjikan adalah, suasana yang aman damai, tenang, sepi, dan air yang jernih.

Air terjun di Point 1πŸ‘‡
Laluan ke point 1. tapi sangat berbahaya, disebabkan anda perlu menuruni laluan tersebut. Tapi aku tak pasti sama ada, adanya laluan lain yang lebih selamat utnuk menuju ke bawah ni. so aku tak berapa galakan untuk anda ke point ini.
#Safety first guys.


Air terjun di point 2πŸ‘‡
p/s: Air terjun , agak kotor dengan sampah sarap daun sedikitlah.


kalau hari wekend ni, penuh juga parent bawa anak kecil bermandi- mandi di point 2 ni, disebab ia lebih cetek dan selamat.



Air terjun di point 3πŸ‘‡
Image result for eco rimba kanching rawang
* gambar google
p/s: ini port Kawasan  lelaki- lelaki kebanyakkan bermandi manda disini, maklumlah air di point 3 ni anda boleh berenang- renang gitu.


Air terjun di point 4πŸ‘‡
jika anda inginkan keadaan yang tenang, air yang bersih, tak ramai orang sangat, bolehlah ke point ke 4 ni.



boleh lihat, betapa jernihnya air terjun di point 4 ni, cumanya, kalau rasa nak berenang tu tak bolehla sebab air cetek. Tapi anda masih boleh baring rendamkan badan juga.
p/s: Air terjun di point 4 ni, tak ramai orang,  disebabkan airnya yang cetek. Tapi sangat bersih.


Air terjun di point 5πŸ‘‡
Jika anda inginkan suasana  lagi priversi, selam- selam, sambil buat urutan spa ikan bolehla ke point yang ke-5πŸ˜‚tetapi cabaran nak ke sini, agak berbahaya sedikitla laluan treknya kerana anda perlu menyusuri denai hutan sikit.
p/s : gambar tak adaπŸ˜‚


Apa yang seronoknya, Taman Eko Rimba  Kanching Waterfall ini, adalah, anda juga boleh menyaksikan mini Zoo seperti Ular sawa, Burung kakak Tua. Tetapi sekiranya anda ingin bergambar dengan haiwan- haiwan tersebut maka, bayaran akan dikenakan. ( camera sendiri tidak dibenarkan). Cuma satu haiwan sahaja yang free of caj kalau anda ingin bergambar bersamanya iaitu Monyet liar yang terdapat dikawasan tersebutπŸ˜‚sungguh banyak sekali.. tetapi di ingatkan agar sentiasa berhati- hati. #Beware. Monyet disini, tangan panjang,  cepat menggapai dan tidak jinak ya guys. Huhu

1) Tangkap gambar bersama, burung Kakak Tua.
* Bayaran dikenakan ya


2) Tempat ular dipamerkan
*  caj akan dikenakan, sekiranya anda ingin bergambar bersama ular- ular
p/s: masa aku pergi ni, hari jumaat, so cuti mungkinya, tapi kalau wekend, tu ada, sebab ramai pelancong dalam dan luar negara juga datang. So ramailah pengunjungnya.

Kemudahan lain yang disediakan adalah:πŸ‘‡

1) Kedai serbaneka




2) Gerai makan dan minum

 p/s: jika boleh sarapan lah siap- siap dirumah, kerana harga nasi lemak , dan minuman yang dijual disini untuk sarapan pagi mahal sekali ya.

3) Pejabat hutan

 4) Surau
Jadinya tidak adalah alasan untuk tidak menunaikan solat, setelah leka bermandi manda tu kanπŸ˜‰



5) pondok untuk istirehat


6) Tandas dan Bilik Mandi
* Caj masuk dikenakan sebanyak 0.50 sen sahaja.


 Jomlah kita pulang,  penat sudah bermandi- manda, ehh tak, penat sebenarnya mendaki dan menuruni bukitπŸ˜‚

peringatan mesra buat anda semua:
  1. Makanan yang dijual di  gerai makan, harganya agak mahal. jadi pesanan aku, sarapan dululah dirumah ya. melainkan anda tiada masalah harga. huhu 
  2. Tiada tempat simpanan barang/ locker berkunci, pandai- pandailah jaga barang masing- masing
  3. Jaga kebersihaan alam sekitar, jangan membuang sampah merata, untuk kebaikan kita semua.
  4. Monyet liar amat banyak sekali, jadinya anda harus berhati- hati.
  5. Jika anda ingin pergi di hari weekend, pastikan anda, tiba awal. Jika lewat, maka ramai lagilah pengunjung. Jadinya, agak terhad untuk bermandi mandi gitu, especially bagi yang perempuan. Hari biasa pun ramai jugak, apatah lagi di hari weekend.πŸ˜„πŸ’­
.
.
Jika anda ada pengalaman bermandi manda di  air terjun yang terdapat di selangor juga, anda bolehla comment, kat ruangan comment dibawah untuk sharekan tempat tersebut.πŸ˜‰ kita pun nak pergi jugak.. lalalala


potpetpotpet: " The Best View Comes After The Hardest Climb"