Tahun 2016, merupakan tahun yang mencabar, Hidup penuh suka, duka, sedih. Namun itu semua merupakan asam garam kehidupan untuk menjadikan kita seorang yang matang dan kuat menempuh liku- liku kehidupan, Apa yang pasti kita sebagai hambanya hendahlah sentiasa mengingati Tuhan dan tanganinya dengan penuh tenang dan sabar. Insyallah ada bahagia yang menanti.
Memandangkan cuti sekolah kami sekeluarga sepakat bercuti di Pulau Pangkor, Perak. Setelah penat lelah bekerja, belajar dan sudah tiba masa untuk kami rehatkan minda, bergembira meluangkan masa bersama adik beradik. Walaupun hakikatnya pada ketika itu aku sedang cuti study week untuk final exam..hahahhahahahahah. *cilex kitkan kan ada. kihkih. cuti pun kerja kena submit tau. Time malam buat assigment. Siang kita berhuhuhu. Apa yang penting kita kena pandai bahagikan masa.
lokasi Pulau Pangkaor terletak di perairan Selat Melaka, Ia termasuk dalam daeah Manjung, Perak Darul Ridzuan. Bandar yang berhampiran dengannya di Tanah besar ialah Lumut. Para pelancong yang ingin ke Pulau Pangkor akan menaiki feri dari Jeti Lumut.
Pengunjung yang hendak ke Pulau Pangkor boleh membawa kenderaan sendiri hingga ke Bandar Lumut. Terdapat kawasan meletakkan kenderaan yang luas disediakan seperti tempat meletak kenderaan persendirian, perkarangan masjid Lumut, atau parking bertingkat Majlis Perbandaran Manjung.
Lumut Waterfront. |
Time ni duduk dalam kereta ja sambil snap picture sepantas kilat. Tengah pusing- pusing cari Parking.
parking bertingkat, setengah jam rm0.40, dikira dari jam 8pagi hingga 6 petang. (kalau tak silap saya)
*Seterusnya, Perlu mendapatkan tiket Feri di Jeti Lumut untuk ke Pulau Pangkor.
*Feri beroperasi seawal jam 6:30 pagi hingga 8:30 malam
*kadar tambang untuk dewasa Rm10.00 dan kanak-kanak rm5.00
* Perjalanan mngambil masa selama 45 minit dari Jeti ke Pulau Pangkor
* Tiba sahaja di Pulau Pangkor, terdapat van pink atau taxi yang boleh membawa kita ke tempat penginapan kita
Kami bercuti di Pangkor selama 3 hari 2 malam, Kami menginap di Coral Bay Resort--- http://www.pangkorcoralbay.com.my/ . Secara jujur keadaan Hotel ini Best. cuma nak dapat tempat makanan agak sukar sedikit. Yang ada dan buka pada waktu siang hanyalah kedai warung seberang jalan berhadapan dengan Hotel tersebut yang jual nasi ayam dan ABC.. Kedai makan yang lain seperti masakn ala Melayu, seafood hanya dibuka pada waktu malam sahaja. Tapi kalau lapar nak cari maggi, roti, baju, cenderahati dekat sahaja ia terletak bersebelahan ja, jalan kaki 18 langkah samapilah. Dekat ke idok?
Tempat Makan, Manakala, belah kiri Kolam renang., kanan pula pintu keluar masuk. |
That moment when you have so much thing to do, so you decide to take a nap instead,
hahahahhaha, Apa kesah ( tunggu check in hotel ni)
in construction, dimana ni? depan hotel Coral Bay Resort ja.
Hari kedua :
|
Destinasi pada hari kedua , ke Pantai Teluk Nipah, naik van Pink RM 20 perjalanan dalam 25-30 minit.
Alahai te matching colour dengan van pulak
Look forward with hope, not backward with regreat
cuba cari haiwan yang tersembunyi.
Suka putera main pasir,
Life is like a ocean, Every time a wave knock down you sand castle your build it again
Lepas penat bemain, terlelap putra. Hahahah memang sedap tidur kat buaiyan diserikan lagi dengan cuaca yang redup, dan dilenakan lagi dengan tiupan angin pantai yang berdayu dayu. Berlatarbelakangkan bunyi deruan ombak menghempas pantai. Memang cun untuk melelapkan mata
HARI KETIGA ke Pantai Pasir Bogak.
Hari terakhir percutian kami di Pulau Pangkor, macam biasa bangun pagi siap untuk breakfast, time tengah main dengan putra tiba- tiba ada satu lelaki muncul hahhh kan putra. aku pula terkejut dan pandang wajah lelaki itu seakan kenal. tersedar dari lamunan dia adalah dari kumpulan Senario (Mazlan). Hahahahahah patut macam kenal, rupanya dia ada event disitu. Apa?Gambar ?memang tiadalah, kahkahkah..
Lepas breakfast, kami dicide nak ke pantai pasir Bogak. Jalan kaki ja, keluar Hotel ambil susur belah kiri terus ja, pantai didepan tuh dalam 10 minit jalan kaki sampai. Sebelum pulang kami baru nak mandi manda di pantai.
Kuda Sewa pun ada,
Another day that passes in another day closer to seeing you again.
Pantai ni agak berbeza sedikit struktur pasirnya dengan pantai teluk nipah tu. Pantai yang ni banyak pasir, kalau mandi kena rendam sampai paras leher kalau tak mandi pasir lah jawabnya. Sebab ombak dia bukan sahaja bawa air tapi bawa pasir jugak. Huhuhu Aku lagi suka pantai di Teluk Nipah pasir dia kurang kalau mandi.. Tapi kalau dah suka pantai memang tak kira dah semua tuh. Redah aja mandi.
Bila balik Hotel, haaaaa amek kau sebeban pasir turut terbawa. hahhahahah..pasir pun nak jugak ikut balik yedak..hiihihi.
12:00 tengah hari bersiap kemas barang untuk check out Hotel..Tak puas lagi sebenarnya nak balik.
MASA UNTUK PULANG
You can close your eyes in front of things you don't want to see, but you can"t close your heart in front of things you don't want to feel.
Goodbye Pulau Pangkor, till we meet again. I will miss you.
bye.bye.
POTPETPOTPET:
Kita hidup berbumbungkan langit yang sama, tapi perjalanan dan kisah hidup kita berbeza.
memori 2016
maaf, sekiranya terdapat kesalahan dalam penulisan saya sebelum ini mengenai tambang caj parking. Terima kasih diatas perkongsian maklumat dari anda semua. Sekiranya anda ada pengalaman atau apa sahaja maklumat bolehlah berkongsi di ruang komen dibawah ini.
Sekian, maaf dari saya.
goodnight/12:00am
Banyak info yang menarik ! Terima kasih !
BalasPadamNak tanya kalau van pink tu rm20 ke satu van
BalasPadamNak tanya kalau van pink tu rm20 ke satu van
BalasPadamHi klo dr jeti ke hotel naek ape?
BalasPadamnice...saya baru je pegi pangkor baru ni... :)
BalasPadamParking sehari semalam brapa ya...parking kat lumut atau marina?
PadamParking sehari semalam brapa ya...parking kat lumut atau marina?
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamTket feri 2 hala sekarang rm14.
BalasPadamSalam saya nik afif daripada putrajaya saya nak Tanya kalau buat masuk kereta ke pulau pangkor berapa tiket ferry terima kasih
BalasPadam