Rabu, 19 Julai 2017

Regency hill Resort, Gunung Jerai (Berhari Raya)



Hai, masih belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua umat islam. Untuk raya kali ini, aku cuti semesta selama sebulan bermula dari awal ramadhan sehinggalah raya. cerita bab cuti- cuti ni aku memang laju je. hahaha sapo yang tak suka cuti kan?. Untuk entry kali ini aku nak cerita tentang holiday raya kami ke Gunung Jerai. 


Percutian aku ke Regency Hill Resort di Gunung Jerai ini bukanlah kali pertama malahan ini merupakan percutian aku kali kedua. Lain pulak cerita mak dan ayah aku banyak kali dah holiday di sini. Kira dah macam kampung sendiri. Hahahah. Kalau anda perasan sebelum ni aku pernah tulis entry tentang percutian aku di Gunung Jerai dan pada  masa tu tahun 2015. Ok, Apa yang aku nak cerita pada entry kali ini adalah penambahbaikkan pada entry aku yang sebelum ini.

holiday raya kami 2017 di Regency Hill Resort, Gunung Jerai selama dua hari, satu malam sahaja. sekejap kan rasa macam tak de holiday ja,hahhahah bukan apa, ni kali kedua kami ke Gunung Jerai jadinya lama- lama dok cuti kat sini busan lah jugak. Kalau first time datang tak apalah kan.

ok, soalannya :

* macam mana nak naik ke puncak Gunung Jerai?. haaaa pengunjung bolehla menaiki van yang disediakan atau pun menggunakan kenderaan sendiri. Tetapi perlu diingatkan, perjalanan untuk sampai ke puncak agak merbahaya dengan jalannya yang curam, sempit menyukarkan kepada pemandu untuk mengawal kederaan dengan baik.




kepada pengunjung yang tidak yakin untuk memandu kereta sendiri bolehla sewa van dan mendapatkan  perkhidmatan sewa van disini untuk naik ke Puncak Gunung Jerai. Disekitar kawasan ini juga terdapat gerai- gerai dan penjaja secara kecilan yang menjual makanan . Jadi pengunjung bolehla membeli stok makanan untuk dibawa sewaktu holiday di puncak atas sana tu. Bukan apa kalau macam kami ni memang taklah nak naik turun balik bila dah sampai resort. Hahahah mabuk punya pasal.

* sekiranya ingin menaiki van bayaran dikenakan sebanyak rm 10 untuk  setiap penumpang. Tapi kalau satu family mungkinla ada package tersendiri kot. Apa- apa pun bergantung kepada pakcik yang menyediakan perkhidmatan tersebut. 

tapi ketika itu, kami naik kereta sendiri sahaja lagi senang untuk bergerak. Apa- apa pun bergantung kepada kemampuan si pemandu.

*Perjalanan ke Puncak mengambil masa selama 20-25 minit dengan jarak perjalanan lebih 13 kilometer- dalam perjalanan ke puncak, pengunjung bolehla singgah ke Muzium Perhutanan Sg.Teloi dan Hutan simpan.



Muzium Perhutanan, tapi sekarang ni tak tahulah masih di buka atau sebaliknya.

let go friend....



Bahagian Reception



Jika anda lihat pada gambar diatas, di sebelah kanan terdapat satu cafe yang penuh bercermin itulah dia cafe yang baru dibuka. Kedudukannya terletak berdepan dengan Restaurant. Masa aku pergi tahun 2015 tiada lagi. Mungkin cafe ni baru sahaja siap. 

bestfriend


Susur gajah menuju ke Restaurant dan belah kanan ke bahagian Reseption dan Cafe.








Breakfast Nasi Lemak , lepas makan baru sambung jalan- jalan naaa..lapaq ni.








Dewan ni boleh digunakan untuk mensyuarat, dan lain- lain majlis. Masa aku datang sini, dewan ni mungkin disewa untuk buat kenduri kahwin.



Ku ukir namamu diatas awan Gunung Jerai..


Pemandangan sawah padi terbentang luas dilihat menghijau di siang hari, 




manakala pada waktu malam pula, lampu-lampu yang menghiasi permandangan. 




Bunga Hydrangea.
Sekadar pengetauan, warna pada flora ini dipengaruhi oleh kadar Potensi Hidrogen (PH) tanah. Sekiranya tanah berasid, iaitu pada skla 5.5, maka bunga ini akan menjadi warna biru apabila ia kembang. Sebaliknya, jika keadaan tanah beralkali, maka bunga tersebut akan bertukar kepada warna merah jambu. Sungguh Unik ciptaan Tuhan.


Namun begitu, Sifta tumbuhan ini mampu merubah warna bunga mengikut kesesuaiannya. Dipercayai flora ini mempunyai 600 warna mengikut kategori jenis dan keluarganya.


* ok, part seterusnya, adalah jenis- jenis rumah atau pun chalet yang terdapat di Regency  hill.

1) Superior Room



Pada tahun 2015, kami memilih untuk menginap di kediaman ini. Bahagian beranda terletak dibahagian belakang mengadap kawasan gunung dan laut. dan bahagian depan pintu rumah menghadap tembok batu. Jadi kedudukan kawasan rumah ini agak privacy sikit.* gambar google

* satu bilik ada 2 katil queen


2)

3) Premier Room

4) Deluxe Room

Percutiaan pada kali ini kami memilih untuk menginap di rumah berkembar dua (Deluxe Room). Maksudnya dua bilik kongsi satu tangga. Macam biasa kami akan sewa dua bilik. Satu bilik kami anak dara, satu lagi bilik untuk mak ayah. Jadinya kami tak perlulah berkongsi tangga dengan jiran lain. kahkah..Dibahagian depan rumah kami ini adalah kolam renang. Jadi nak mandi kolam tu dekat sangatlah.


Apa perbezaan diantara Deluxe Room dengan rumah yang aku pernah duduk sebelum ini iaitu (Superior Room). haaa, perbezaannya rumah ni ( Deluxe Room) ada kipas siling. itu jaaa. Hahahah*gambar google 





inilah, bilik kami. 502 dan 501. sempat tangkap gambar dekat tangga rumah ja..




keadaan bilik kami


* 3 katil bujang cantum 3 = katil king. Space yang cukup luas, jadi tak perlu berhimpit, gaduh- gaduh yaaa. Huhuhu

restroom. 
Pintu kanan ke tandas, kiri ke bilik shower. Jangan risau siap ada air pemanas elektrik juga. Jadi, tak adalah alasan sejuk untuk tidak mandi. tak gituu



Royal Villa ini untuk kerabat diraja sahaja.  Bila mana beliau datang ke sini, maka inilah kediamannya. * macam  ber emmmm ja nengoknya. hahaha


Executive Room


kemudahan yang disediakan:

1)

Kolam Renang.
2)

Taman permainan.
Putera ni, tak kira siang ke malam, tetap akan main gelongsor.
Kedudukan Taman Permainan dan Kolam mandi bersebelahan sahaja.

3) surau

4) gym
5)permainan Pint Ball dan Archery- dikedudukan bersebelahan ditempat letak kereta

6) tempat meletakkan kereta


7) Buggy service- naik berbayar ya. haaa, yang mana tak mau jalan kaki bolehla sewa kereta macam nk main golf ni. maka, akan dihantarnya kita dari bahagian reception seingga ke bilik penginapan kita tu.

7) wifi- turut disediakan tapi line memang tak kuat lah, Nama pun di puncak atas bukit kan. tapi pada pengalaman akulah kalau nak line clear sikit bolehla lepak disekitar  kawasan lapang yang ada bendera berdekatan restaurant-dewan tu. area tu oklah sikit dari tak ada langsung.
8) lain- lain


 Peta Kedudukan.

kepada anda yang berminat nak bercuti- cuti tenangkan fikiran sambil menikmati keindahan alam semula jadi di Regency Hill Resort, Gunung Jerai bolehla usha di link yang aku sediakan dibawah ini



sekadar maklumat tambahan :


*Bila datang ke Gunung Jerai ni, kalau musim hujan memang sejuklah jawabnya, keadaan permandangan pun kabus. Kalau cuaca biasa angin sejuk tu biasa- biasa sahaja. Tapi, kalau jalan waktu malam memang sejuk 
*Selain kepada mereka yang mencintai alam semula jadi dan kepada mereka yang suka akan cabaran, bolehla mendaki ke Puncak Gunung Jerai dengan menaiki basikal mahupun berjalan kaki sambil ber jogging. Tempat ni memang sesuai sangatlah. 






OK, Habis sudah , cerita kita di Gunung Jerai 



potpetpotpet: 
FAMILY 
We may not have it all together, but together we have it all.



SELAMAT HARI RAYA,
 2017,

5 ulasan: