Sabtu, 30 November 2019

Penang 3.0 (The Northam All Suite Hotel Penang :Review)

Hello and Hai, musim cuti sekolah telah pun bermula, sudah ada perancangan  hendak ke mana ?. jika anda gemar Holiday ke penang, entry ni sesuai untuk anda.
selamat membaca

Image result for vacation

kepada anda yang gemar berjalan di sekitar penang, sudah pasti anda inginkan tempat penginapan atau hotel yang selesa betul tak?. Jadi untuk entry kali ini aku nak bawa korang semua lihat tinjau- tinjau apa yang ada dan menariknya hotel ini. Menarik atau tidak, anda sahaja yang dapat menentukannya.
     Justeru itu, dengan adanya etry aku ni maka anda sudah jimat duit dan masa untuk mencari hotel yang dapat memenuhi standart anda. Selain itu juga, anda bolehla membuat perancangan yang rapi berkenaan tempat yang sesuai untuk anda menginap, adakah berdekatan dengan tempat- tempat menarik yang ingin anda tuju mahupun sebaliknya.


1) THE NORTHAM ALL SUIT HOTEL

                     Alamat: 65 Jalan Sultan Ahmad Shah Georgetown, Penang 10050 Malaysia.

Related image
*Gambar google


 Bahagian loby
Ruang menunggu/ Ruang Karaoke

Ruang makan
.
.
Hotel Northam ini, menyediakan 4 jenis bilik mengikut kemampuan budget dan keselesaan anda semua. Kami memilih jenis Deluxe suite. Antanya bilik jenis bilik yang ada seperti:
i) Studio suite
ii) Junior suite
iii) Deluxe suite
iv) presidential suite

Mari kita masuk ke dalam bilik Deluxe suite ini.💃
Pintu masuk
Masuk sahaja pintu bilik, maka nampakla ruang tamu. dibahagian kanan gambar merupakan ruang bilik tidur, dibahagian kiri gambar pula, ruang makan dan ruang tempat kerja( Personal office)

Ruang tamu.
Dilengkapi dengan tv LCD dibahgain ruang tamu dan di dalam bilik.
bersebelahan pintu masuk: 1)terdapat 1 bilik air tanpa air. senang cerita kita panggil bilik make up lah atau dikatakan sebagai bilik guest powder💅
2) Ruang tempat kerja (personal office)
3)Ruang makan

    RUANG BILIK TIDUR: 
Pemandangan luar menghadap ke Gleneagles medical centre.
Di dalam bilik tidur ini juga terdapat 1 lagi Tv LCD. Jadi tak perlu lagi nak berebut cannel Tv ya.


Terdapat 2 pembahagian ruang. sebelah kanan gambar bilik mandi( shower) manakala disebelah kiri gambar ruang untuk toilet. Apa yang menariknya bilik air ini dilengkapi dengan tab mandi jakuzi😍jadi sambil mandi tu bolehla merasa diurut air gituuu.
p/s: anda tidak perlu lagi berebut untuk melihat cermin ketika bersolek ya, sebabnya banyak ruang  untuk bersolek disediakan dalam bilik ni.

Permandangan diwaktu malam

*gambar Google
Dekat gambar pun sudah excited tengok swimming pool kan, apalah lagi kalau menginap di sini ye dak😜 huh.. jadi tunggu apa lagi tu.. cepat lah Booking tarikh. Ngehngeh

jadi, apa pendapat anda?seronok atau pun tidak untuk bermalam di Hotel The Northam ini?. haaa anda yang berhak tentukan. Jadi kepada anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hotel Northam ini, disini aku telah sediakan link untuk anda semua usha- usha ya😉https://www.northamhotel-penang.com/


Lokasi yang berhampiran dengan Hotel Northam ini adalah seperti:

  1. Gurney plaza, Gurney paragon mall (1.5km)
  2. Batu ferringi night market ( 7.5km)
  3. Kek lok si Tample
  4. Penang Hill
  5. Fort Cornwallis

Dalam perjalana pulang, kami telah singgah ke Times Square, Penang.

Selain jalan- jalan untuk Shooping,anda juga boleh bergambar sakan dekat Shooping mall tau. Kepada mereka yang gemar bershooping dan ber selfie bolehla datang jalan- jalan ke Times Square, Penang.


  Apa yang menariknya mall ini adalah, setiap bahagian ruangan mall ini telah diisi dengan tema- tema yang pelbagai seperti berada di Negara musim sakura, musim luruh, Negara Hong Kong, dan lain- lain lagi. Namun begitu, malangnya mall ini masih di dalam construction, justeru itu, banyak kedai- kedai yang tidak beroperasi di dalamnya, hanya segelintir kedai sahaja yang masih beroperasi tetapi kurang bilangannya. Namun anda boleh sahaja memasuki jalan- jalan dikawasan mall ini untuk bergambar. Jadi jomlah kita saksikan:

 tema Negara Hong Kong

 terasa seperti di dalam alam Fantasi.


 tema Kota London


 Red carpet Wax museum seperti dekat ICT shah alam pun ada juga di Times Square, Penang.

tema Autum
tema Sakura

ok, itu sajalah yang aku nak cerita, dan share kan kepada anda semua, actually aku telah pergi ke 2 buah hotel yang berbeza pada hari yang sama. Sebelum aku ke Hotel The Northam ni, aku telah menghadiri majlis makan (lunch) di sebuah hotel bertaraf lima bintang iaitu di Estern & Oriental Hotel (E&O HOTEL). Setelah selesai majlis makan disana, kami terus ke The Northam All Suite Hotel untuk menginap 2hari 1 malam disini untuk aku menghabiskan sisa- sisa hariku yang tinggal sebelum bertolak ke Kuala Lumpur untuk masuk sem baru aku. Jadinya Mood dipenghujung hari tidak begitu baik dek kerana terpaksa untuk pulang ke Universiti.
.
.
akhir kata dari aku, selamat bercuti semua😉

potpetpotpet: The most precious gift you can give someone is the gift of your time and attention.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan