jalan- jalan di kampung, naik jentera,
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.
lain mcam pula, pembuka kata entry kali ni, ehh
sudahkah anda bersedia mengikuti pengembaraan kita pada hari ini?, haaa untuk entry kali ini, ada kelainan sedikit dimana penulisan entry ni bukan hanya jalan- jalan sambil explore, tetapi apa yang saya nak kongsikan kepada anda semua lebih kepada aktiviti khidmat masyarakat dalam memupuk semangat cintai alam sekitar.
tanpa berlengah masa lagi, jom ikut saya ke Firefly Kampung Kuantan, yang terletak di Kuala Selangor.
Kampung Kuantan merupakan sebuah perkampungan kecil yang terletak di Kuala selangor. dimana, disekitarnya terdapat juga tempat- tempat yang menarik yang anda boleh kunjungi seperti Bukit melati dan Pantai remis. Kampung Kuantan amat dikenali dengan keunikan kampungnya dimana terdapatnya kelip- kelip. Ada pendapat yang mengatakan keajaiban kelip- kelip ini hanya terdapat di dua tempat sahaja di dunia dan salah satunya adalah di Kampung Kuantan(KK)
secara jujurnya, ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke Kampung Kuantan. Selama ini saya hanya mendengar namanya sahaja, dan tidak menyangka pada hari tersebut saya bersama rakan universiti saya yang lain turun ke Kampung Kuantan untuk menganjurkan program bersama Komuniti setempat dengan jalinan kerjasama dari persatuan Inspirasi Kawa (IK) serta Persatuan Pendayung Kelip- Kelip Kg Kuantan.
Tujuan kami membuat program ini adalah untuk memupuk semangat cintai Alam Sekitar disamping menjalinkan hubungan yang erat dengan komuniti setempat. Tanpa berlengah masa lagi jom lah saya kongsikan kepada anda antara aktiviti yang telah dijalankan oleh saya dan rakan saya yang lain.
- Bayaran yang dikenakan :RM50 satu sampan ( naik 4 orang)
- dibuka pada jam :7:30pm -10:00 pm
- alamat : Jalan Rawang, Kampung Kuantan 45000 Kuala Selangor, Selangor.
1) Aktiviti mengutip sampah dengan menaiki sampan
Jaket Keselamat turut disediakan.
sebelum turun ke sungai, perlu memakai jaket keselamatan.
Bermulanya misi pengutipan sampah sarap di sungai. Let's go geng🙏
terima kasih abang pendayung serta perkongsian ilmu yang turut dikongsikan bersama kami mengenai sungai kg Kuantan.
Bermulanya misi pengutipan sampah sarap di sungai. Let's go geng🙏
terima kasih abang pendayung serta perkongsian ilmu yang turut dikongsikan bersama kami mengenai sungai kg Kuantan.
2) Aktiviti pengasingan sampah
sampah sarap yang telah dikutip, akan ditimbag terlebih dahulu, bagi tujuan merekod. Setelah itu, sampah akan diasingkan mengikut kumpulan yang boleh dkitar semula dan sampah yang tidak boleh digunkan( dibuang).
setelah membuat pengasingan sampah yang boleh dikitar semula.
3) Aktiviti menanam Benih Pokok Berembang dan Pokok Nipah
haa inilah dia rupa anak benih Pokok berembang. ianya terlalu sensitif dan perlu dipegang berhati- hati ketika menanamnya nanti.
Aktiviti menanam anak benih pokok berembang dan pokok nipah. jika anda lihat, di dalam bekas berwarna biru itu adalah lumpur, dan kami semua dikehendaki untuk memasukkan lumpur tersebut ke dalam bekas polibag hitam dan menamkan anak benih pokok berembang untuk disemai.
inilah dia contoh hasilnya setelah beberapa bulan.
Pokok Berembang ini atau nama saintifiknya dikenali sebagai “Sonneratia Caseolaris” juga adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar di tebing sungai Selangor. Pokok ini amat memerlukan keadaan yang lembap dan persekitaran yang berpaya. Pokok Berembang ini juga merupakan sumber makanan bagi kelip- kelip. Dimana, kelip- kelip akan menghisap cecair dari daun pokok tersebut. Selain itu juga, pokok berembang ini juga, berperanan sebagai penapis air kepada sungai. Dimana ia akan menapis kotoran dan racun di dalam sungai dan mengeluarkan air bersih untuk hidupan. Apa yang boleh saya katakan disini Sungguh indah sekali ciptaan tuhan, dimana Dia menciptakan antaranya saling memberi manfaat.
Kelip- kelip
Sekiranya anda datang mengunjungi Kg Kuantan, untuk menyaksikan keindahan kelipan cahaya kelip- kelip pada malam hari, maka inilah suasana yang boleh digambarkan. 👀
*gambar google
Adakah anda tahu, kelip –kelip ini juga merupakan sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Dan spesis yang paling banyak yang terdapat di kampung Kuantan adalah sepsis “pteroplyx tener”. Keunikan yang ada pada serangga kelip- kelip ini adalah kerlipan cahaya yang dikeluarkan olehnya sebanyak tiga kerlipan dalam sesaat. Tambahan itu juga, kelip- kelip jantan akan mengeluarkan cahaya yang paling terang berbanding kelip- kelip betina untuk tujuan mengawan. Sesunggunya segala sesuatu ALLAH jadikan berpasang- pasangan.
Black pink malaysia.😜
Setelah selesai misi pengutipan sampah, kami buat photoshoot sekejap sementara menunggu ahli kumpulan yang lain tiba. Sebenarnya segan juga nak bergambar, tetapi orang- oarang kg memang sporting, merekalah yang suruh kami bergambar atas sampan ni, katanya buat kenanagan disebabkan kami jarang sekali datang sini kan..huhuhu. terima kasih kepada jurukamera yang sudi tangkapkan gambar kami dan layan kerenah kami ni.
c/c📷: adik baby
kemudahan yang disediakan:
- surau
- taman permainan
- kedai runcit / kedai makan
- tandas
- kawasan tempat letak kereta
" cukup dengan melihat alam meyakinkan bahawa Allah itu wujud"
.
.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan