Ahad, 23 Jun 2019

Theme Park Gold Coast

hai🙋


we didn't realize we were making memories, we just knew we were just having fun.


Entry  kali ini, aku nak bawa anda semua jelajah bermandi mandi di Theme Park Gold Coast Morib Internation Resort, Yang terletak di Kanchong Laut, mukim Morib, 42700 Banting Selangor. Pasti anda tak sabar kan nak tahu apa yang menarik sangat theme park Gold Coast (GC) ni kn. Kalau begitu, sila baca entry ni  sampai habis ya. hehehe

Kepada anda yang gemar untuk bermandi manda, boleh lah cuba datang ke Gold Coast morib ni, dan rasakan pengalaman serta suasa yang berbeza. Mengapa saya katakan berbeza kerana di Gold Coast Morib ni bukan sahaja aktiviti bermandi manda sahaja yang anda lakukan malahan anda juga boleh melakukan aktiviti sukan lasak seperti Flying Fox dan lain lagi.

Entry ini, aku bukan nak bercerita mengenai Gold Coast Resort. Tetapi aku nak share kan dekat anda semua mengenai Theme Park Gold Coast Morib ni.  Anda boleh memasuki GC tanpa memerlukan anda untuk Check- in Resort pun sebenarnya. Yeayyyyy tepuk tangan sikit lah kan... Seronok dengar kn?

tunggu apa lagi kan, jomlah saya bawa anda tinjau disekitar  Water Theme Park Gold Coast Morib ni.


1) Bayaran yang dikenakan :

Dewasa           : RM 37 (dikaunter tiket)
Kanak- kanak : RM 21 ( dikaunter tiket)

tetapi sekiranya anda, membuat pembayaran secara online( Bank-in ), maka harga yang ditawarkan adalah berbeza dan sedikit murah berbanding anda membuat pembayaran di kaunter tiket lah.

Dewasa                        : RM25 ( berumur 12 tahun-50 tahun)
Kanak- kanak               : RM 18 (berumur 3 tahun- 11tahun)
Senior citizen & OKU : RM 18( umur 60 tahun dan keatas)
* Kanak- kanak dari2 tahun kebawah atau 90 cm kebawah masuk adalah PERCUMA.
* tiket boleh diambil setiap hari selepas pembayaran dibuat kecuali pada hari ahad atau cuti umum.

2) Locker tempat simpan barang
-Locker rental : RM 15
-Deposit          : RM10
-Rental             : RM5

3) Water Tube rental
-Water tube rental: RM 20
- Deposit              :RM 10
-Rental                 : RM 10

4) Towel rental pun ada
-Towel(1pcs)   : RM 30
-Deposit          : RM20
-Rental            : RM 10


Seperti taman tema yang lain juga. Dimana terdapatnya kolam mandi- manda untuk kanak- kanak dan dewasa. Terdapat pengawal keselamatan yang akan memantau dan menjaga disekitar kawasan taman tema air ini bagi bersiap sedia sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini. Namun ibu bapa juga dinasihatkan agar tidak leka dan sentiasa mengawasi anak anda sebagai langkah berjaga- jaga.

Jika anda lihat gelongsor air ular(S)  berwarna biru untuk dewasa, manakala bagi kanak- kanak yang tinggi paras- paras rendah aku nih (516cm), sesuai naik gelongsor air warna kuning tu ja lah jawabnya. Hahaha. Aku ni harap ja namanya dewasa tapi rendah dan tak pandai berenang. huhuhuuu.


Aku pergi di hari waktu persekolahan, tu yang lengang dan langsung tak ramai orang. Rasanya macam Water Theme Park ni aku yang punya. HUHUHUHU jadinya nak mandi- manda tu tak lah segan silu sangat. Boleh dikatakan semua permainan gelongsor budak- budak aku main sehinggalah ke kolam mandi kanak- kanak aku terokai.

*gambar dari sumber Pakcik google

*Gambar google
Maaflah, tak banyak sangat gambar yang aku dapat ambil di dalam Theme Park ni, sebab nampak air, dah tak sabar nak terjun mandi. tak dan nak selfie lah, nak mandi lagi lah. Haih...

5) Pakai Pakaian mandi yang bersesuaian.  Jika anda ingin bermain gelongsor S. Nanti smooth je  pergerakkan semasa menuruni gelungsur air tersebut.


Tapi sekiranya, tiada pakaian renang pun. boleh ja. Pakailah pakaian biasa pun boleh asalkan bersesuaian dan selesa.

6)Pemberitahuan:
  1. bawalah makanan kering (roti misalnya) dan air mineral dari rumah. Simpanlah dalam kereta. Ada ja mart, tapi harga 2-3kali ganda lebih mahal dari harga biasa.
  2. cafe untuk makan tengah hari ada didalam kawasan tersebut. Tentang harga standart macam biasalah tempat pelancongan kan.😅
  3. Jangan lupa bawa dan pakai sunblock ya kawan- kawan. Panaih, balik kompem sunburn kulit.
  4. jangan tanggalkan/ koyakkan tag tangan, selagi ada di pergelangan tangan, selagi tu anda boleh keluar masuk Water Theme Park (seharian itu sahajalah)
Anda, dah puas mandi manda di Water Theme Park, dan rasa bosan, Jomlah ke Pantai pula.


pondok- pondok kecil dibelakang saya tu, dulu merupakan tempat makan ala- ala diatas air gitu, tapi kini dah no entry.( sayang sekali)
saya bukan di  pantai Maldives , bukan juga di pantai Lombok tau, tetapi di Gold Coast Morib Internation je. 
ada nampak macam tourist ke idak? hahahah😎

#oh lupa nak pesan, jangan lupa bawa payung sekali naa jalan kat tepi pantai ni, panaih sangat.. tak boleh lama- lama. huhu


Bila dah penat selfie, bolehla chill- chill naik buaian kat bawah pokok ni, sambil nikmati keindahan pantai, diserikan dengan angin sempoi- sempoi bahasa ni.

Disini juga turut disediakan aktiviti sukan seperti flying Fox. Harga aku tak pasti. lupa pula nak catat bila baca.


sekian, itu sajalah yang aku nak kongsikan dekat anda semua, moga kita berjumpa lagi di penulisan aku yang akan datang. Ohh by the way, entry ni dah lama aku tulis pada februari 2019 , cuma baru nak publish pada jun 2019. Damn



 potpetpotpet: There's always a reason to smile. Find it.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan