Sabtu, 23 Februari 2019

JUGRA, Banting. Ada apa je?



It's Better to See Something Once Time Than to Hear About it a Thousand Times.


         Pada zaman dahulu, Kuala Langat dikenali sebagai Langat. Tapak asal bandar ini terletak di Jugra yang dahulu dikenali sebagai Bandar Temasya. ''Langat'' dipercayai dibuka oleh orang- orang Bugis yang datang dari Johor pada abad-ke18 bagi menjalankan kegiatan perdagangan dengan Melaka. Tambahan itu juga, Jugra juga dikatakan sangat terkenal pada zaman keagungan Kesultanan Melaka iaitu dengan perjumpaan sejarah yang berusia kira- kira 2,000- 2,5000 tahun di Kampung Sungai Lang Tengah pada 1964. Dari segi  Sejarah, Daerah Kuala Langat mempunyai kaitan rapat dengan sejarah awal di Negeri Selangor.

          Pada pertengahan abad ke-18, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor adalah terletak di Kuala Selangor. Perpindahan dari Kuala Selangor ke Jugra berlaku pada tahun 1859 iaitu di zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad . Baginda merupakan Sultan Selangor ke-4 yang memerintah pada tahun 1857-1898. Sejak itu, Bandar Temasya (Jugra) telah dikenali sebagai Bandar Diraja.(http://www2.selangor.gov.my/kualalangat)

          Itulah dia serba sedikit sejarah berkenaan Kuala Langat. Jadi kepada anda yang masih belum sampai ke Banting Kuala Langat apa tunggu lagi, mai ler ramai- ramai jelajah ke Sekitar Banting, Kuala Langat. Jika sebelum ini, anda hanya mendengar di mulut masyarakat Kuala Langat hanya terkenal dengan perusahan perindustrian IKS sahaja bahkan disini juga anda dapat melawati tempat- tempat tinggalan sejarah oleh Sultan Abdul Samad.

Tak nak cerita panjang lagi, jadi apa tunggu lagi jom lah saya bawa anda ke tempat- tempat yang menarik  di sekitar Jugra yang anda boleh lawati semasa cuti nanti.


1) BUKIT JUGRA


Kepada anda yang gemar dengan aktiviti lasak seperti Hiking. Bolehla datang ke Bukit Jugra.


kepada anda yang baru nak berjinak- jinak dalam hiking, bolehla mulakan dengan pendakian yang sederhana di bukit Jugra ini.


  • Terdapat 2 laluan jalan yang ada boleh pilih sama ada jalan yang cepat sampai tetapi agak mencabar pendakiannya mahupun jalan yang sedikit mendatar tetapi mengambil masa yang lama sedikit untuk sampai ke penamat.
  • Beza masa yang diambil sekiranya melalui jalan panjang lebih kurang dalam 15 minit.



2) PARAGLIDING





  • Paragliding ialah sejenis sukan ekstrem di mana seseorang itu meluncur di udara menggunakan payung terjun lebar dari satu tahap ketinggian atau ditarik oleh angin pada ketinggian tertentu.
  •  Bagi penggemar sukan Paragliding ini, Bukit Jugra merupakan lokasi terbaik Asia. Oleh kerana, aktiviti meluncur ini, memerlukan kawasan tanah tinggi bagi memudahkan melancarkan penerbangan.
Related image

*Gambar google
  • Sukan paragliding ini bergantung sepenuhnya kepada keadaan cuaca dan angin. Ketiadaan angin, wind gust atau angin bertiup daripada arah yang salah akan membuatkan semua aktiviti paragliding terpaksa Grounded( No Fly Zone)
  • Secara puratanya, masa penerbangan bagi tandem paragliding bergantung kepada pilot, keadaan cuaca dan angin.
  • Selain itu juga, terdapat aktiviti lain yang boleh juga dilakukan di sini, antaranya seperti hiking hingga ke puncak (menara rumh api)

i'm not telling you it's going to be easy, i'm telling you it's going to be worth it

3) MUZIUM INSITU, JUGRA.



Alamat:
Bukit Jugra,
42700 Banting,
Selangor.

Waktu Operasi:
10.00 pagi – 5.00 petang (Selasa-Jumaat)
10.00 pagi – 5.30 petang (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
Tutup (Isnin)

Harga Tiket:
Percuma
(anda hanya perlu mengisi nama di dalam buku sebagai pendaftaran masuk sahaja)

  • Dibina sejak zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad semasa  Jugra berfungsi sebagai pusat pemerintahan Kesultanan Selangor bagi menempatkan pesalah pada ketika itu. Bangunan ini terletak  berhampiran dengan Istana ALuddin, iaitu kira- kira 50 meter daripada Pangkalan Batu Hampar.
  • Bangunan ini dibina dengan menggunakan batu pepejal (granit) yang dipotong berbentuk segi empat, menempatkan sebuah bilik kurungan besar di bahagian bawah tanah dan dua bilik kurungan kecil di bahagian atas bagunan.


Gambar bangunan Penjara pada ketika dahulu


Berlatarbelakangkan dinding yang diperbuat daripada batu granit. Tempat yang sama, tahun yang berbeza
  • Penjara ini adalah sebuah bangunan dua tingkat yang berfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan hukuman menerusi sistem Kehakiman British yang digunapakai pada ketika itu.

Gambar bangunan yang kini, setelah dibaik pulih

 kereta perisai GMC 15 CWT


  • Muzium ini mempunyai 3 buah balai pameran yang mempamerkan pelbagai maklumat berkenaan daerah Kuala Langat, Sejarah pemerintahan Kesultanan Selangor di Kuala Langat, serta hasil kerja ekskavasi di kawasan sekitarnya seperti struktur binaan penjara, mahkamah mini, perigi lama dan hasil- hasil perjumpaan artifak di sekitar Jugra.




Duit syiling pada zaman Pemerintahan British yang ditemui di dalam perigi


  kaki lima bagunan tingkat atas

4) MAKAM ARMARHUM SULTAN ABDUL SAMAD



Related image

*Gambar Google
  • Terdapat sebuah binaan yang besar dan didalamnya terdapat makam Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah yang telah mangkat pada bulan Februari 1898, yang telah memerintah dari tahun 1859 hingga 1898.

Gambar Terkini, cat dinding telah ditukar warna putih, Terdapat juga pembaikpulihan yang lain dijalankan 

  • Dikenali sebagai Kompleks Makam Diraja. Kawasan ini mempunyai keluasan lebih kurang 5 ekar.
  • Didalam kawasan ini juga, terdapat makam- makam lain yang terletak di bahagian luar Kompleks  seperti makam Almarhum Tengku Muda Musa dan lain- lain lagi.
  • Manakala, di luar bangunan itu juga, terdapat beberapa perkuburan yang berhampiran dengan bagunan itu seperti pusara kerabat diraja dan sesetengahnya adalah bangunan lebih kecil seperti pusara Yang Mulia Raja Kahar, Tengku Mahrum dan Raja Muda Musa yang magkat pada tahun 1884



Kepada anda yang gemar dengan aktiviti memancing, disini aku sertakan tempat yang anda boleh laksanakan aktiviti tersebut.

5)  JETI VAKING


  • Terdapat Restaurant makanan laut di sekitar Jeti Vaking ini juga


6) BATU HAMPAR

  • Pangkalan Batu Hampar dan Pangkalan Perahu merupakan pengkalan yang digunakan sejak zaman pemerintahan sultan Abdul Samad di Jugra. Dimana, pangkalan ini digunakan untuk menghubungkan Daerah Kuala Langat dan Klang dan kawasan di sekitarnya khususnya untuk membawa hasil bijih timah, hasil hutan dan memudahkan mobiliti penduduk pada zaman dahulu.

  • Selain dari kawasan pilihan bagi mereka yang gemar memancing, disini juga terdapatnya latihan  Komandor yang dijalankan pada hari- hari tertentu. Tetapi ini tidaklah bermakna anda tidak boleh memancing, bahkan anda boleh meneruskan aktiviti memancing anda seperti biasa.
  • Terdapat juga tokong Cina dikawasan berhampiran.


7) PANTAI MORIB


Image result for pantai morib  

  



Sekiranya anda ingin bermandi- manda, anda bolehla menuju ke lorong jalan seperti yang aku tunjukkan anak panah berwarna hijau tu. Masuk ke jalan tersebut dan anda akan nampak pantai.

tetapi sekiranya anda ingin melakukan aktiviti seperti di senarai bawah ini, anda bolehla ke pantai morib ikut laluan lorong belah kiri seperti yang terdapat di dalam gambar diatas.
  • Aktiviti bermain layang- layang
  • Aktiviti memancing dan aktiviti mengutip pepahat( sewaktu air surut)
  • Aktiviti bubble
  • jogging Terdapat juga Expo yang dijalankan pada hari cuti minggu.
  • Aktitivi  Konvo sukan berbasikal yang anda boleh saksikan dan lain- lain
  • Juga terdapat gerai- gerai makan disekitarnya.



There is a voice that doesn't use words. Listen- rumi

Potpetpotpet: Untuk mengunjungi tempat yang menarik dan bersejarah tidak semestinya memerlukan berbelanja yang besar dan segalanya anda boleh dapatkan dengan mengunjungi ke Jugra.

p/s: Anda boleh melakukan aktiviti kesemua diatas ini dalam hanya satu hari sahaja. Tak percaya kan tapi saya dah berjaya lakukannya.

jogging/ hiking > ke Batu Hampar > ke  Muzium Insitu >  Ke Makam Armarhum > Jeti Vaking >Pantai Morib.

Apa tunggu lagi tu, jom laaaaaaa >.<



3 ulasan:

  1. Balasan
    1. terima kasih juga, sudi singah ke blog saya, sekiranya anda dari banting, ada tempat tempat menarik yang lain bolelah share :) have a nice day.

      Padam