Jumaat, 15 Julai 2022

Penang 4.0 : The Habitat Penang

    Hai, kembali kita lagi dalam entry jalan kemana lagi Yahuu

apa tunggu lagi tu, mari ikuti pengembaraan dalam penulisan saya

sumber : google

Penang merupakan salah satu negeri yang bersejarah dan amat terkenal dengan syurga makanan. Bak kata orang luar yang datang ke negeri Penang ini, tak lengkaplah trip ke Penanag kalau tak pekenaq nasiq kandaq. Aaaaa gitu... Selain daripada syurga makanan, di sini juga terdapat tempat- tempat yang menarik yang boleh anda lawati. Antaranya adalah The Habitat Penang seperti yang tertera pada tajuk entry kita kali ini. Tanpa panjang lebar saya bercakap lagi, marilah ikuti pengembaraan saya ke The Habitat: Penang hill.

p/s: opss. sebelum terlupa dalam blog ini, saya hanya ceritakan mengenai The Habitat Penang sahaja. Tetapi aktiviti lain yang terdapat diatas Bukit Bendera sila ke link ini. http://saljuieyana.blogspot.com/2022/07/penang-10-penang-hill.html

Jika anda telah tiba disini, anda boleh memilih untuk parking kereta di tempat parking bertingkat. dan macam biasalah, mestilah berbayar.

Parking bertingkat berbayar :

  • Sekiranya anda datang pada hari weekday, bolehla parking kereta anda di tepi susur jalan keluar. tapi tiada jaminan boleh saya beri. tanggung sendiri. hihi. 
Pintu masuk Penang Hill

                                    

Tiket masuk Bukit Bendera 

                    

Harga tiket 2 hala ( pergi dan balik) bagi MyKad/ My Kid/ MM2H/ i- Kad

  • RM 12 ( dewasa) / RM 40 fast lane 
  • RM 6 (kanak2) / RM20 fast lane
  • RM 6 ( warga emas/ fast lane)
  • OKU -free

*RM 3 sekiranya anda hadir pada jam seawal 6:30 - 8:00 pagi. ( Sunrise)

Untuk maklumat lanjut berkenaan harga tiket dan pembelian onlinehttps://thehabitat.my/

kaunter ticket. Hanya seorang wakil sahaja.
p/s: Jangan lupa bawa IC untuk dapatkan harga warganegara malaysia
  • Selepas selesai membuat pembayaran ticket, tunggu sebentar untuk tiba panggilan bording masuk anda.
  • sesi bergambar akan dilakukan sewaktu anda melalui laluan  maze. Gambar ( berbayar)  boleh dituntut sewaktu pulang. tetapi sekiranya, anda tidak mahukannya, pun tidak mengapa.
Train untuk membawa anda naik ke puncak Bukit Bendera

WELCOME TO THE HABITAT PENANG ๐Ÿ‘‹๐ŸŒฒ๐ŸŒณ๐ŸŒด

Waktu operasi bagi The Habitat Penang:

9:00 am - 7:00 pm daily

last entry at 6:00 pm

sumber : google

cara nak membeli tiket : hadir ke kios atau kemah pertanyaan yang terdapat banyak monyet- monyet mainan. Disitu anda boleh mendapatkan info dan bertanyakan kepada Renger hutan bahawa anda berminat untuk membeli tiket The Habitat Penang. Dan mereka anda memberi penerangan ringkas, peta map. dan sekiranya anda bersetuju dan berminat, Ranger tersebut akan membawa anda ke tempat pembelian Kaunter Ticket The Habitat Penang. Shout out kepada Uncle yang memberi penerangan dan iring kami sangat friendly dan sangat ramah. 

        
  • Harga ticket masuk RM 60
  • Valid dari temph anda masuk sehingga jam 6 PM. 
  • Dan tidak Valid untuk Sunset Walk.

Sudahkan anda bersedia mengikuti pengembaraan saya ke The Habitat Penang? . 

Ok Lets's Go Geng๐Ÿ’จ

Dari pintu masuk anda akan melalui 12 check point. Antaranya:

    1. TICKET OFFICE & HABITAT CAFE

    2. OUTDOOR THEATRE

    3. BROMELIAD PAVILLION

    4. GIANT SWING 1

*P/S: Tetapi kami memilih laluan check point 2 terus ke laluan check point 5

    5.LANGUR WALK CANOPY


The Habitat di bukit Bendera merupakan tempat yang harus anda kunjungi bagi merasai pengalaman hutan hujan yang menyeronokkan yang penuh dengan info fauna. Apabila anda datang ke sini pastinya anda akan merasai seperti masuk ke dalam kayangan yang indah ketika anda melaui pintu utama The Habitat.
    Bukit- bakau, hutan hujan tropika, kepelbagaian flora, batu- batu granit yang besar dan pemandangan yang indah menjadikan The Habitat di Bukit Bendera sebagai tempat yang harus dilawati. Tambahan itu, The Habitat juga merupakan kawasan Eko perlancongan bertaraf dunia yang pertama di Malaysia.  Bertujuan untuk mempromosikan kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar.
     The Habitat juga merupakan salah satu tarikan utama di Pulau Pinang. Melalui proses fotosistesis, tanaman menghasilkan makanan sendiri dengan menggunakan karbon dioksida, air dan tenaga dari sinaran matahari untuk menghasilkan oksigen yang penting kepada kehidupan. Hutan hujan ini juga membantu mengitar semula dan membersihkan bekalan air. Laluan semulajadi yang terdapat di The Habitat membuatkan pengunjung akan lebih menghargai hutan serta hidupan liar.

                                    

Suasana yang nyaman, indah, dan sejuk diserikan lagi dengan bunyi- bunyian burung . MasyaAllah. Percayalah sepanjang anda berjalan kaki di Langur Canopy Walk ini anda tidak akan merasa lelah penat berjalan, malahan anda akan damai menikmati keindahan suasana yang nyaman dan tenang ini.๐Ÿ’–
  • Perjalana melalui Langur Walk Canopy ni mengambil masa selama 10-15 minit sahaja, bergantung kepada kecepatan langkah anda. Tapi pada pendapatkan saya, Just enjoy the moment, maka perjalanan anda tidak akan terasa memenatkan, malahan anda akan lagi memperlahankan langkah anda untuk menikmati susana keindahan hutan ini.
  • Nyamuk takde langsung ya ini yang aku woww. ๐Ÿ’“
    6.  ANDAMAN TENTS
  • Disini terdapat khemah yang disediakan untuk berhenti berehat, duduk di kerusi yang disediakan. Dan jikalau anda ingin melepaskan hajat bolela berhenti sebentar di Andaman Tents ni. Tandas yang sangat selesa dilengkapi kipas dan bersih.  Hajat pun boleh terlaksana dengan tenang๐Ÿ˜œ
    7.CURTIS CREST TREE TOP WALK ( yang dinantikan)

sumber : google

sumber : google



     8. GIANT SWING 2

Buai laju- laju,
sampai pokok sena.
9. ENDEMIC PLANTS PAVILLION 

10. MIGHT MERANTI  ( tutup sementara)

11. FLIGHT OF COLUGO ZIPLINES   ( tutup)
        
Sumber : google 
p/s : lebih kurang beginilah. tapi gambar ni bukan di penang hil ya

12.  TICKET OFFICE, GIFT SHOP AND HABITAT CAFE 

  • Selepas selesai menikmati keindahan dan mempelajari habitat flora dan fauna sewaktu anda berjalan kaki melalui sebelas checkpoint tersebut, anda bolehla coffee- coffee sambil menikmati pemandangan hutan di open cafe. Selain itu juga, anda juga boleh cuci mata dan membeli buah tangan dari The Habitat Gift Shop ini untuk dijadikan cenderahati buat kenang- kenangan nanti. Harga bermula sekitar RM 35- RM 100+.
  • Ticket pas masuk interence jangan lupa, scan sebelum keluar . 
  • Sewaktu diatas ini tiada line, tetapi jangan risau, cafe ada sediakan wifi tersebut. boleh dapatkan pasword pada balang kaca yang diletakkan pada kaunter. ๐Ÿ˜

Gift Shop
poscard juga ada disini

Chill- chill hirup coffe sambil menikmati pemandangan alam semulajadi memang nikmat

  • Harga makanan, desert dan coffe standart harga cafe masih berbaloi. Bagi aku, ini adalah memori yang indah, lunch sambil menghadap tumbuh- tumbuhan hutan yang menghijau it's so perfect . Rasa taknak pulang untuk tamatkan perjalanan di The Habitat Penang.
  • Review mengenai makanan biasa- biasa sahaja rasanya. Matcha latte (2/5) rasa minum air kosong tambah matcha. Spegetti ( 4/5). dan Cake Oreo ( 3.7/5). untuk View dan suasana cafe (10/5) ๐Ÿ˜

Setelah selesai coffee- cofee dan rehat, tibalah waktunya untuk turun pulang ke checkpoint terakhir melalui pintu kiri dan berjalan menuju tempat menunggu golf bugy pickup anda. Jarak perjalanan dalam 5 minit sahaja. Golf bugy atau kenderaan 4x4 la yang ambil kami dan menurunkan kami ke kawasan dataran berhampiran platform lock mangga. Dengan itu tamatla pengembaraan kita di The Habitat Penang.

Secara ringkasnya, seperti gambar rajah dibawah ini, merupakan tempat- tempat yang terdapat diatas Bukit Bendera.  Seperti biasa hampir kesemuanya, adalah berbayar ๐Ÿ˜‚. Tetapi apa yang boleh saya kongsikan adalah, pilih dan buatlah pilihan yang bijak untuk masuk ketempat- tempat berbayar tersebut.

    Aktiviti tambahan kami adalah, menagkap gambar pemandangan Pulau pinang dari Bukit Bendera

                                                                                                       

Sebelum saya menamatkan penulisan dan pengembaraan kita ke The Habitat Penang ini, apa yang boleh saya katakan adalah, anda tidak akan merasa menyesal untuk membayar sebanyak RM60 untuk naik ke The Habitat Penang ini, dalam perjalana nanti anda akan dapat mengetahui dan menjumpai pelbagai spesis flora dan fauna yang menarik. Dan jika ditanya, adakah saya ingin lagi untuk ke sini. sudah semestinya jawapan saya YES.  Kepada mereka yang sukakan Nature, ketenangan bolehla cuba masuk ke The Habitat Penang ini, tetapi jika anda lebih gemar Selfie bolehla masuk ke Love lock dan lain-lain.    

               

potpetpotpet: Chapter 1 : Some of the best thing that come to you in life are unexpected and unplanned.

.

.

Nantikan blog seterusnya, jalan- jalan di mana lagi?.

.
Stay safe everyone๐Ÿ’–

Tiada ulasan:

Catat Ulasan