Rabu, 2 November 2022

THE TOP PENANG

THE TOP KOMTAR: PENANG

sumber :Google

Hai bertemu lagi kita kembali dalam penulisan ringkas saya. Untuk Entry kali ini, saya akan kongsikan pengalaman saya serba ringkas di The Top Penang Komtar.

The Top Penang Komtar merupakan bangunan yang dibina pada tahu-----


Untuk Pergi ke Komtar, anda bolehla Parking di Peranginan Mall . dengan bayaran sejam RM3. Then jalan kaki dalam 8 minit sahaja lalu menjuk keluar untuk keseberang menuju ke bangunan Komtar yang berhadapan dengan Komplek Tun Abdul Razak. Untuk parking yang lebih dekat juga ada sekiranya anda tidak ingin parking di Bangunan Peranginan Mall.

Dalam satu bangunan ada juga boleh lakukan perlbagai aktiviti seperti 

1) Tech dome Science museum

2) Musical Carousel

3)  Rainbow Skywalk

4) Ufo-x

5)  First Durian Museum

6)Mirror Maze

7) Tongkat Ali Museum

Tetapi dalam Entry kali ini, saya hanya menceritakan pengalaman saya di Rainbow Skywalk sahaja.

Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan tiket secara walk in di kaunter ataupun anda bleh membeli secara online pada link tersebut.https://thetop.com.my/

Harga tiket masuk Rainbow Skywalk sahaja RM 68 seorang. 

*tetapi kalau anda dalam satu group family anda boleh dapatkan harga package lah. begitu juga, dengan tempat- tempat aktiviti lain yang saya senaraikan seperti diatas.

Gelang pas masuk wajibla dipakai di pergelangan tangan


Untuk harga bagi aktiviti sukan Extream anda boleh rujuk seperti dalam gambar rajah dibawah ini:

setelah selesai melakukan pembayaran di Kaunter, anda akan dipakaikan gelang pas masuk, dan menuju ke Lift kanan untuk naik ke tingkal level 68 ( Rainbow Skywalk) dan level 65 ( Observatory Deck) Anda jangan risau, akan ada orang yang akan guide anda.

pintu masuk menju ke lif naik ke Rainbow Skywalk


Setelah tibanya anda disana, akan ada pekerja yang akan guide anda dari masuk lif sehingga sampai ke tingkat bangunan paling atas Rainbow  Skywalk tersebut. 

Tadaaa.... sampai da ke tingkat paling atas Deck Rainbow Skywalk yang dinantikan😎

sumber: google
tempat untuk anda minum dan santai- santai sambil melihat pemandangan pulau- pinang

Inilah dia tarikah utama The Top Penang: Rainbow Skywalk. 
sumber : google

Sebelum anda, memasuki pintu masuk Rainbow skywalk lantai kaca ini, anda dikehendaki menyarungkan kasut kain, untuk mengelakan calar dan kesat sewaktu anda berjalan diatas permukaan kaca tersebut.
p/s: apabila hujan, pintu masuk Rainbow skywalk ini akan ditutup untuk keselamatan pengunjung.



Anda kaki selfie? jangan risau, terdapat photographer khas yang disediakan disini untuk menggambil gambar anda sekeluarga. Gambar tersebut boleh tuntut/ lihat pada ruangan kios gambar yang disediakan.
Harga : RM100+ ( hardcopy) manakala, rm25 ( Softcopy)

sumber: google

secara jujurnya, laluan Rainbow Skywalk ini, singkat sahaja sepeti yang anda dapat lihat pada gambar rajah diatas. lebih kurang 30 langkah sahaja dengan RM64 . dengan ketinggian 816 paras air😂 huhuhu

permandangan dari atas.

Jika anda haus, boleh ke ruang lobi Top View Restaurant & Lounge yang menjual makanan dan minuman disana level 68 juga.


Akhir kata dari saya, jika anda bertanya, 

soalan: Berbaloikah bayar RM68 untuk ke Rainbow Skywalk ini?.

Sejujurnya, tidak. bagi aku RM68 hanya untuk view sahajalah😂 lepas beberapa minit, anda akan merasa bosan. Melainkan anda datang pada waktu malam. bagi aku, sangat nice 👍 berbanding waktu siang. Akan tetapi, apabila kita dengan orang yang kita sayang, siang mahupun malam tetap indah. cia ciaaa

Setelah berpanas berjalan diatas Rainbow Skywalk, marilah kita mencari makan.

2) kedai Dim SumValet
Alamat : 16, Lebuh Keng Kwee, 10100 Georgetown, Penang.
No Tel: 013-6168628

Semangkuk Dim Sum rm 4.60 

Char Koay Teow: RM 7 
 Rate: 5/5 sangat sedap, kerang dan udang yang banyak. Serius berbaloi.
Dim Sum : RM4.60
Rate: 4/5 Saya suka yang ada telur ikan diatas tu, yang lain, rasa Dimsum biasa sahaja. 

Inilah permandangan kami, sewaktu duduk makan di meja luar kedai DimSum.
Terima kasih kepada makcik Cermin mata yang masakan koay Teow sedap buat saya dan layanan baik semua staf kedai tersebut.

Maka tamatla, perjalana kita ke Rainbow Skywalk pada hari ini. Dan kami menghabiskan perjalanan kami dengan berjalan di sekitar lorong Penang mengambil gambar Street. Jalan tu, jalan juga, tapi jangan lupa jalan balik ke Parking kereta nanti terlupa pula. 

potpetpotpet: Nobody can make you happy until you're happy with your self

Tiada ulasan:

Catat Ulasan