Isnin, 13 Januari 2014

mengubat rindu.

0.1

Tibalah hari yang tidak ku jangka,
Pemergian yang tersayang dari kehidupan seharian,
Selangkah kakinya berlalu meninggalkan kenangan,
Namun tidak sesekali mempamirkan kekelatan diwajahnya,
Malah segalanya disimpan,
Agar kesedihan tidak terlihat olehku,
Dirinya pergi meninggalkan kucupan,
Kucupan yang penuh kasih dan sayang buatku,
Pelukan yang erat sukar dileraikan,
Hanya air mata mengalir menghiasi pipi,
Namun tidak dapatku lafaz kesedihan yang tersirat,
Sesungguhnya hanya Tuhan yang tahu,
Apa yang tersimpan dihati ini.
Mengalir air mataku mengenangkan dirimu,
keterpaksaanmu meninggalkanku,
Adakah kita kan bertemu kembali,
Bertemu bersatu membina bahagia bersama.


semangatmu adalah kekuatan buatku


pesanan: hargailah orang yang ada disekeliling kita,percayalah bahawa setiap kedukaan akan digantikan dengan kebahagiaan,setiap perpisahan akan digantikan dengan dengan pertemuan,setiap yang berakhir akan bertukar dengan permulaan,dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang Allah berikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan