Selasa, 22 Jun 2021

Chew jetty penang

 Marilah ikut saya, jalan- jalan disekitar penang.Sedikit sebanyak dapatlah anda semua mengubat rindu untuk jalan jalan. 

Let's Playing Tourist 

1) Chew Jetty penang

Chew Jetty Penang, merupakan salah satu tempat tarikan para pelancong yang datang ke Pulau Pinang juga. Chew Jetty ini juga dikenali sebagai Tan Jetty dimana ia adalah sebuah perkampungan kecil para nelayan dimana rumah- rumah tersebut dibina diatas air. Justeru itu, sudah semestinya, laluan kaki lima perjalan kaki merupakan laluan yang dibina daripada kayu papan. 


Tambahan itu pula, apa yang menariknya perkampungan nelayan ini adalah, setiap rumah dicat dengan warna- warna terang seperti warna warni telah menaikan lagi seri rumah- rumah perkampungan nelayan tersebut. Dan kepada kaki gambar instagram disini lah tempat untuk anda bergambar. 

bergambar- bergambar juga, keselamatan jangan dilupakan, seperti yang saya katakan tadi, laluan kaki lima Chew Jetti ini dibina dengan menggunakan kayu, oleh itu, anda haruslah berhati- hati sewaktu bergambar agar tiada yang bermandikan air laut pula. Dan kepada pengguna telefon bimbit ( hanphone) juga harus berhati- hati sewaktu pegang fon tu, dikuwatiri handphone lolos terjatuh ke lantai papan. Maklumla phone sekarang nipis- nipis senang lolos. kihkih

        Pasti anda tertanya- tanya, dimana rumah rumah merah Ala- ala di Australia yang berada ditengah- tengah Jetty tersebut kan? jawapannya, ada ja, cumanya anda perlu memasuki lorong laluan yang ketiga, untuk anda ke tempat tersebut. Seperti gambar saya diatas ini, merupakan lorong pertama pintu masuk yang terdapatnya pintu gerbang sebelum memasuki perumahan nelayan tersebut. Manakala, rumah merah yang anda tercari- cari tersebut merupakan lorong ketiga.

sumber: google

Ya, itulah dia, rumah merah yang anda tertanya- tanyakan tu, cumanya sewaktu saya pergi ke sini,  sewaktu PKPB 2.0 jadinya, kawasan laluan tersebut telah dikunci dan berpagar untuk mengelakkan pelancong hadir.

Untuk, menuju ke rumah merah tersebut, anda perlu melalui kawasan perumahan anjing seperti didalam gambar diatas tu. Jadinya anda perlu berhati- hati lah ya.


Air surut

Alamat: Chew Jetty, Weld Quay, 10300 George Town, Pulau pinang.

2) Arminien Street penang


Destinasi bergambar yang seterusnya adalah di Arminien Street yang terletak di Georgetown. Jarak dari Chew jetty ke Arminien street yang dipenuhi lukisan- lukisan mural pada dinding yang terdapat di lorong- lorong bagunan ini tidaklah jauh. Setelah tiba di Arminien Street ini, anda boleh memilih utnuk berjalan kaki mahupun berbasikal. Cerita pasal basikal, terdapat satu kedai Aunty yang menyewa basikal dengan kadar RM 8 untuk sejam, Tapi disebabkan musim PKPB ni, Aunty tersebut menawarkan tempoh selama 2 jam untuk berbasikal dengan harga potongan.😎


Bucketlist bergambar di Lukisan Mural kanak- kanak naik Basikal Tua is done. Hahahah, Acah- acah tourist sikitla, gahalnya, memang orang penang pun kita ni. shuttt. Apa yang menariknya pergi musim PKPKB ni, masyarakat tak ramai sangat di jalan raya jadinya nak bergambar dan berbasikal tu sangatla senang dan mudah tanpa perlu beratur panjang tunggu giliran bergambar, Manakala, nak feeling- feeling berbasikal pun terasa tenang. Maklumla, Bandaraya penang ni, sesak dengan kenderaan sepanjang masa, jadinya nak berbasikal tu agak berbahaya juga. Bergambar- bergambar juga, SOP  jangan lupa. Walaupun tiada orang pun sewaktu saya bergambar ini.
    Selain daripada lukisan mural diatas ini, terdapat lagi pilihan lukisan mural yang anda boleh bergambar di lorong- lorong yang lain. Cumanya, saya hanya memilih beberapa lukisan mural dan art yang famous sajalah, sekadar cukup syarat. Maklumla, nak jalan kaki jauh- jauah tu pemalas. huhuu.

Alamat: 316, Beach Street Georgetown, 10300 George Town, Pulau Pinang.

3) Mee Sotong Hameed Pata

jika anda nak tahu, Mee Sotong Hameed Pata juga merupakan, salah satu makanan yang famous jika anda datang ke Penang, selain Perkena Nasi Kandaq dan Pasemboq. Jadi rugila, sekiranya anda tak mencuba Mee Sotong Hameed Pata ni. Barulah rasa lengkap datang ke Penang. Tapi jika nak lagi ngam makan Mee Sotong Hameed Pata + Coconut shake. Baru padu tak gitu. 

Rm 5.00 sepinggan (biasa)

RM 7 Sepinggan ( special) 

Tahap kepedasan: 2/5

Rate: 7.5/10

Coconut Shake : RM

Rate: 4.7/10 ( Rasa susu dan bukan pakai ice- cream vanila seperti kebiasaanya)

Bagi aku tiada beza pun special mahupun biasa, cumanya beza dari segi kuantiti sahajalah. Tapi sejujurnya tiada jauh beza pun. Sekiranya, anda ingin makan Mee Sotong Hameed Pata yang terletak di Padang Kota Lama, silalah pergi awal awal ya, kalau tak, bersabarlah untuk beratur pada waktu puncak. 😅

Alamat: Padang Kota Lama 

# Btw, saya pergi ni, masa sebelum puasa lagi (2021), cuma perap cerita tak publish- publish lagi. takde mood nak menaip punyal pasal, hahaha. Ok bye jumpa di next blog.


.

.

PotPetPotPet: syukur masih diberikan nafas dan kesihatan. Semoga covid cepat berakhir dan kita semua bebas untuk travel jauh lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan