Rabu, 25 November 2020

JBR BUNDLE KLANG


Anda kaki selam Bundle? 

haa,  apa lagi jomlah ikut aku ke JBR BUNDLE Klang

Tak payah cakap banyak, Let's Go geng. blupblupp

Sebelum ni, aku pernah ceritakan tentang JBR Bundle Damansara kan, tapi kali ni aku nak bawa anda semua ke JBR Bundle yang terbaru yang terletak di Klang pula. Eh tak pernah tahu pula kan? haaa kalau anda nak tahu JBR Bundle Klang ini telah dibuka pada 29 Februari 2020.

Alamat : Lot 104273, Tempat Revolusi Hijau Batu 5, Kampung Johan Setia 41200 Klang, Selangor

Waktu operasi: 12pm- 2 am

Untuk entry kali ni, aku kasi layan gambar sajalah ya, memandangkan banyak yang telah aku ceritakan mengenai Bundle Pada entry lepas- lepas aku. Jadi, Kalau korang terlepas untuk baca, di sini aku sediakan link untuk korang. http://saljuieyana.blogspot.com/2020/01/jbr-bundle-damansara.html

JOM LAYAN.....

Kepada anda penggemar/ pengumpul kasut Vans, Sneaker dan lain- lain bolehla cuba usha di JBR Klang ni. Manala tahu rezeki korang untuk jumpa barang boek kan. 😎



Close up sikit. Cun ke idak?


Kasut casual, Kasut kulit dan pelbagai lagilah ada juga..

Add caption


Seluar tracksort, Jean, denim, seluar retro  ada juga, rajin dan tidak ja untuk anda selak satu persatu untuk jumpa saiz anda.😎







Baju jubah/ Abaya pun ada di JBR Bundle pun ada ya Kakak, Makcik, Adik- adik semua. Bukan tu sahaja ya, jika adik kakak mencari baju blouse, baju denim jubah pun ada. Ya adaa


        yeah, lagi- lagi bila musim summer, maka trend denim jaket pun semakin hangat geng. Takkan tak nak ber OOTD ikut trend kut. huhuuuuu. Jimat pun, jimat juga, sekiranya anda membeli di JBR Bundle ni. Harga sepasang baju denim jaket ini pula sekitar 12.90  sehelai jauh lebih murah. Jika anda membeli denim Jaket ini di luar( mall) harga round RM 80-200 ringgit tau.😎
        Justeru itu, jadilah pengguna bijak. Berfesyen tak semestinya perlu pakai pakaian branded sahaja, apa yang penting anda pandai menggayakannya dengan cara yang bijak maka, terus nampak mahal dan ber " class" gitu.

 
Gambar ni diatas ini pula, menunjukkan tingkat stor yang kedua,kategori barangan Baranded iteam, Winter dan Hiking item untuk lelaki.  Untuk tingkat atas ni, kalau anda nak tahu lebih lanjut, anda sendirilah kena datang ke JBR Bundle ni. haaaa kiranya, ni gambarTeaser sajalah yang aku pamerkan, supaya anda semua berkunjung ke JBR Bundle Klang ini.






Tidur malam sejuk? sampai sakit tulang? tapi kurang budjet nak beli?. Haaa jangan risau di JBR Bundle Klang pun ada menjual selimut, Comforter, tilam toto dll. 



Antara, fasility yang ada di JBR Bundle, terdapat ruang surau untuk solat yang telah disediakan. Jadinya, dalam pada kita duk selam baju- baju Bundle tu, jangan lupa juga tanggungjawab kita dalam menunaikan solat ya. Barang boek dapat, pahala pun dapat 😉 gituuu.

Pada pendapat aku,  barangan Bandle yang di jual di cawangan JBR Damansara, JBR Klang dan JBR Shah alam, tidaklah jauh banyak bezanya. Apa jenis barangan yang dijual kesemuanya ada di semua cawangan JBR Bundle. Senang cerita, apa yang anda nak cari semua adalah dijual di JBR bundle ni, yang tidak ada, adalah jodoh saya saja. itu lah kurangnya. Ehhh😅 hahahah # gurau.

    Review mengenai JBR Bundle Klang:

1) Suasana, ok nyaman ada dendangan lagu yang dimainkan, so kita takdelah rasa busan sangat sewaktu menyelam.

2) Dari segi pakaian, baju dan semua jenis seluar pula harga bermula sekitar RM5- RM++

3) Ada disediakan surau, tandas untuk kemudahan pengungjung. Jadinya bagusla dalam mempermudahkan segala urusan hidup dan akhirat.

4) Apa yang tak bestnya adalah, di JBR Bundle Klang tidak ada bahagian pakaian yang berharga RM2 seperti yang ada di JBR Bundle Damansara. Ke aku ja yang tak jumpa? kalau ada sila bagitahu ya, supaya aku boleh datang lagi ke JBR Klang untuk shopping sekali lagi.  kihkih

5) keadaan agak panas, cuma ada kipas sahaja. Jadinya, memang berpeluh sikitla ketika aktiviti selam gali ni. Tapi ini hal biasa. Ingin di ingatkan sekali lagi, jika anda sejenis yang duduk dalam sejuk aircond ini bukanlah tempat anda. Percayalah, anda tak akan bertahan. 

6) Port kawasan lepak untuk tangkap gambar Swang takde sangat. Tapi jika anda seorang yang kreatif hal itu tidak menjadi masalah, kerana disetiap sudut dan tempat ada keunikan dan tarikan sendiri. Yang penting anda pandai cari angle.


potpetpotpet: Apa yang boleh aku katakan berbelanja di Bundle, menjimatkan duit  lagi- lagi diwaktu ekonomi sekarang ni. Bukan itu sahaja, malahan anda juga boleh bergaya dengan budjet yang rendah. 😎

Sebelum apa- apa terjadi. aku cuma nak bagitahu yang aku berkungjung ke JBR Bundle Klang ni sewaktu awal tahun sebelum wabak covid melanda seluruh dunia. Cumanya, baru sekarang aku ada masa untuk menulisnya. Apa- apa pun, jangan lupa norma baharu dan sentiasa amalkan penjarakan sosial dan memakai mask sekiranya anda di tempat awam.

Stay safe everyone

.

.

and  always remember you are loved .💖




Tiada ulasan:

Catat Ulasan