Ahad, 13 Februari 2022

Panjat Batu cave



Malaysia full of colourful

Siapa sangka, 2019 merupakan tahun yang bermakna, sebelum dunia melanda Covid 19.   Let's Enjoy the Entry.


          Seperti yang anda tahu Batu caves yang terletak di sebelah utara Kuala Lumpur ini merupakan bukit batu kapur semulajadi yang telah digunakan sebagai sebuah kuil Hindu bagi memuja Lord Subramanian, iaitu Dewa Hindu. Dimana Batu Caves ini mempunyai empat gua iaitu Dark Caves, Gua Damai, Cave Villa dan Batu Caves yang terletak di Gombak ini. Batu Caves merupakan pusat beribadat agama Hindu yang utama di Malaysia selain daripada tempat tumpuan para pelancong dari serata dunia. Nama Batu Caves ini diambil daripada Sungai Batu yang mengalir diantara bukit- bukit disana.
    
          Tambahan itu juga, Batu Caves ini mempunyai ketinggian kira- kira 100 meter di atas bumi, dan terdiri daripada tiga gua yang utama dan beberapa yang lebih kecil dalam saiznya. Untuk melihatnya, anda dikehendaki mendaki sebanyak 273 anak tangga untuk ke atas.          





Parking di kawasan dalam, dikenakan caj sebanyak RM2
Tapi macam aku ni, kedekut sangat jadinya, kami parking di kawasan bersebelahan KTM Batu Cave, dan jalan kaki sikit dalam 3 minit.


Patung dewa murugan yang berwarna emas tersebut merupakan patung dewa hindu yang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 42.7 meter. Diperbuat daripada 250 tan keluli, 1550 meter padu konkrit, dengan menggunakan  sebanyak 300 liter cat emas yang memakan belanja sebanyak RM 2.5 juta dan dibuat dalam tempoh masa selama 3 tahun bagi membuat Patung dewa tersebut.

Penjual makanan burung merpati ini, juga ada sahaja berdiri disekitar sini, sekiranya anda ingin memberi makan burung- burung merpati tersebut..


👇Alahai tourist sangat kan😆


masa aku pergi ni, ada sebuah bus yang membawa pelancong asing dari Indonesia, ada juga rombongan dari salah satu universiti turut datang kesini, Jadinya, perasaan janggal bagi kita orang muslim ke Batu Cave ni, tak adalah sangat disebabkan Batu Cave sekarang merupakan salah satu tempat perlancongan. Jadinya sesiapa sahaja boleh datang ke sini.

 Aku pun tak tahu berapa banyak buah anak tangga sudah aku panjat. Yang pastinya, keunikan Batu Cave kini adalah tangganya yang berwarna warni yang sangat menarik perhatian ramai lagi pelancong asing untuk datang ke Batu Cave ini.







potpetpotpet: Bersyukur dan Berbahagialah walaupun sekecil kecil perkara. 

* Entry ni, sudah lama tersimpan di Draf. Cadangnya nak Publish Lepas Covid tamat, memandangkan aku pergi ke Batu Cave ini tahun penghujung 2019. Tetapi nampak gaya, Covid masih berleluasa, hingga kini 2022. Semoga kita semua dilindungi dari Covid dan dapat kembali kepada kehidupan asal kita. Aamiin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan