Rabu, 2 November 2022

THE TOP PENANG

THE TOP KOMTAR: PENANG

sumber :Google

Hai bertemu lagi kita kembali dalam penulisan ringkas saya. Untuk Entry kali ini, saya akan kongsikan pengalaman saya serba ringkas di The Top Penang Komtar.

The Top Penang Komtar merupakan bangunan yang dibina pada tahu-----


Untuk Pergi ke Komtar, anda bolehla Parking di Peranginan Mall . dengan bayaran sejam RM3. Then jalan kaki dalam 8 minit sahaja lalu menjuk keluar untuk keseberang menuju ke bangunan Komtar yang berhadapan dengan Komplek Tun Abdul Razak. Untuk parking yang lebih dekat juga ada sekiranya anda tidak ingin parking di Bangunan Peranginan Mall.

Dalam satu bangunan ada juga boleh lakukan perlbagai aktiviti seperti 

1) Tech dome Science museum

2) Musical Carousel

3)  Rainbow Skywalk

4) Ufo-x

5)  First Durian Museum

6)Mirror Maze

7) Tongkat Ali Museum

Tetapi dalam Entry kali ini, saya hanya menceritakan pengalaman saya di Rainbow Skywalk sahaja.

Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan tiket secara walk in di kaunter ataupun anda bleh membeli secara online pada link tersebut.https://thetop.com.my/

Harga tiket masuk Rainbow Skywalk sahaja RM 68 seorang. 

*tetapi kalau anda dalam satu group family anda boleh dapatkan harga package lah. begitu juga, dengan tempat- tempat aktiviti lain yang saya senaraikan seperti diatas.

Gelang pas masuk wajibla dipakai di pergelangan tangan


Untuk harga bagi aktiviti sukan Extream anda boleh rujuk seperti dalam gambar rajah dibawah ini:

setelah selesai melakukan pembayaran di Kaunter, anda akan dipakaikan gelang pas masuk, dan menuju ke Lift kanan untuk naik ke tingkal level 68 ( Rainbow Skywalk) dan level 65 ( Observatory Deck) Anda jangan risau, akan ada orang yang akan guide anda.

pintu masuk menju ke lif naik ke Rainbow Skywalk


Setelah tibanya anda disana, akan ada pekerja yang akan guide anda dari masuk lif sehingga sampai ke tingkat bangunan paling atas Rainbow  Skywalk tersebut. 

Tadaaa.... sampai da ke tingkat paling atas Deck Rainbow Skywalk yang dinantikan😎

sumber: google
tempat untuk anda minum dan santai- santai sambil melihat pemandangan pulau- pinang

Inilah dia tarikah utama The Top Penang: Rainbow Skywalk. 
sumber : google

Sebelum anda, memasuki pintu masuk Rainbow skywalk lantai kaca ini, anda dikehendaki menyarungkan kasut kain, untuk mengelakan calar dan kesat sewaktu anda berjalan diatas permukaan kaca tersebut.
p/s: apabila hujan, pintu masuk Rainbow skywalk ini akan ditutup untuk keselamatan pengunjung.



Anda kaki selfie? jangan risau, terdapat photographer khas yang disediakan disini untuk menggambil gambar anda sekeluarga. Gambar tersebut boleh tuntut/ lihat pada ruangan kios gambar yang disediakan.
Harga : RM100+ ( hardcopy) manakala, rm25 ( Softcopy)

sumber: google

secara jujurnya, laluan Rainbow Skywalk ini, singkat sahaja sepeti yang anda dapat lihat pada gambar rajah diatas. lebih kurang 30 langkah sahaja dengan RM64 . dengan ketinggian 816 paras air😂 huhuhu

permandangan dari atas.

Jika anda haus, boleh ke ruang lobi Top View Restaurant & Lounge yang menjual makanan dan minuman disana level 68 juga.


Akhir kata dari saya, jika anda bertanya, 

soalan: Berbaloikah bayar RM68 untuk ke Rainbow Skywalk ini?.

Sejujurnya, tidak. bagi aku RM68 hanya untuk view sahajalah😂 lepas beberapa minit, anda akan merasa bosan. Melainkan anda datang pada waktu malam. bagi aku, sangat nice 👍 berbanding waktu siang. Akan tetapi, apabila kita dengan orang yang kita sayang, siang mahupun malam tetap indah. cia ciaaa

Setelah berpanas berjalan diatas Rainbow Skywalk, marilah kita mencari makan.

2) kedai Dim SumValet
Alamat : 16, Lebuh Keng Kwee, 10100 Georgetown, Penang.
No Tel: 013-6168628

Semangkuk Dim Sum rm 4.60 

Char Koay Teow: RM 7 
 Rate: 5/5 sangat sedap, kerang dan udang yang banyak. Serius berbaloi.
Dim Sum : RM4.60
Rate: 4/5 Saya suka yang ada telur ikan diatas tu, yang lain, rasa Dimsum biasa sahaja. 

Inilah permandangan kami, sewaktu duduk makan di meja luar kedai DimSum.
Terima kasih kepada makcik Cermin mata yang masakan koay Teow sedap buat saya dan layanan baik semua staf kedai tersebut.

Maka tamatla, perjalana kita ke Rainbow Skywalk pada hari ini. Dan kami menghabiskan perjalanan kami dengan berjalan di sekitar lorong Penang mengambil gambar Street. Jalan tu, jalan juga, tapi jangan lupa jalan balik ke Parking kereta nanti terlupa pula. 

potpetpotpet: Nobody can make you happy until you're happy with your self

Khamis, 15 September 2022

UR_MU: URBAN MUSEUM ART GALERY (Bukit Bintang)

Anda busan sering ke Pusat Membeli belah?

Inginkan kelainan dalam hari anda?

Saya syorkan untuk anda datang melihat sendiri keunikan lukisan hasil seni di UR_MU. 

                                      

UR_MU merupakan singkatan daripada Urban Museum, merupakan sebuah galeri yang menempatkan karya seni di dalam satu bangunan moden di tengah- tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

lokasi: 3, Jalan Bendara, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Malaysia.

Waktu Operasi: Selasa- Ahad 10am - 8:30 pm

                          closed on Mondays

                          1.5 hour per time slot

                          * for public holidays, check UR_MU website

Harga Tiket: RM 10 ( Tiket masuk tidak available dibeli secara walk in. Pembelian tiket hanya dilakukan secara atas talian di Website UR_MU sahaja.)

Untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut berkaitan UR_MU di website: https://ur-mu.com/ .

                                        

Apa yang boleh saya katakan UR_MU merupakan sebuah bangunan moden yang terdiri daripada empat tingkat, menempatkan pelbagai karya seni terpilih untuk anda menghayati dan melihat sendiri dengan mata anda akan keunikan seni yang dipamerkan.

Tingkat satu    : Sens-Asia people

                                       

                                                Fawwaz Sukri : Pin- Up- Girl- Waitress

                                          

              Jalani Abu Hassan: The Precious Wedding

Tingkat dua    : Kampung kita Power Play

Tingkat tiga    : Raksasa ( Monster) Superheroes

                                    

                                     Tan Zi Hao: The Skelton of Maskara ( The Myth of a Myth)

Tingkat empat : Framing Modernity Structure

                                     

                                                                Ronnie Wood: Save us

Tingkat lima    : Made's Garden Sculpture Lounge

                                       

                                                            Abdul Multhalib Musa: WING IT! 

Selain itu juga, dengan keluasa bangunan setinggi empat ini dilengkapi dengan penyaman udara, susana yang tenang dan selesa, serta terdapatnya ruangan santai indor dan outdoor untuk anda duduk menikmati karya seni yang unik serta menikmati pemandangan Kuala Lumpur.

Cara untuk anda datang ke UR_MU .

* Tiada kawasan parking kereta yang disediakan disekitar kawasan ini. Jadinya, anda perlu park at your own discreation. Mahupun, anda bleh ambil public transport seperti dibawah ini:

BY TRAIN.

Bukit Bintang Monorail - 5 min walk

Bukit Bintang MRT Entrance E, Exit F, Exit C - 5 min walk

Bukit Bintang MRT Pavillion KL - 5 min walk

Bukit Bintang MRT Entrance A - 3 min walk

BY BUS : Rapid KL Bus KL9 Wisma Boustead Line 400 -5 min walk.


Ini sahaja lah cerita saya serba sedikit. Nak lebih- lebih anda kena datang sendirilah. taknak Spoiler laa. huhuu😝


POTPETPOTPET: " Art is not what you see it's what you make other see"


sekian, ini sahajalah cerita saya hari ini di Kuala Lumpur, Nantikan Entry blog yang seterusnya. 

.

bye

Sampai jumpa lagi💓






Jumaat, 15 Julai 2022

PENANG 1.0 : Penang Hill

  Hai, kembali kita lagi dalam entry jalan kemana lagi Yahuu

apa tunggu lagi tu, mari ikuti pengembaraan dalam penulisan saya 

Apa yang menarik diatas Bukit Bendera:



3. LOVE LOCK (BERBAYAR)

4.  LUKISAN POTRET ( RM30+)

                                             

5. RESUTAURANT

6. OBSERVATION DECK ( TUTUP SEMENTARA)

                          

7. MUZIUM CAMERA

8. OWL MUZIUM

9. RUMAH TINGGALAN BRITISH

10. TEROPONG VIEW

11. KEDAI CENDERAHATI

12. GOLF BUGY (30 ONE RIDE)

                                            

Ini merupakan kali kedua saya naik ke Bukit Bendera, Kali pertama saya menjejakkan kaki ke Bukit Bendera pada tahun 2019 bersam ahli keluarga saya. Apa yang boleh saya katakan Bukit Bendera dulu dan kini agak berbeza sedikit. Terdapat beberapa perubahan yang dibuat itu, bagi saya bagus sekali, seperti adanya perkhidmatan Kereta Goly Bugy yang disediakan dengan kadar vaj bayara sebanyak RM30 satu kereta. Kemudahan kereta ini amat memudahkan bagi mereka yang ingin meronda sekitar kawasan Bukit Bendera tanpa penat berjalan kaki terutama kepada ahli keluarga yang turut membawa warga emas, mahupun kanak- kanak.

                Namun terdapat juga beberapa tarikan lain sepeti Lock mangga di pagar sudah tiada lagi pada tahun 2020. dan kawasan platform tersebut hanyalah tempat dukduk untuk menikmati pemandangan sahaja. Alahai baru nak feeling lock mangga macam dalam drama korea😆
                  

potpetpotpet: Time msy pass, places change, but memories they are forever

Maaf diatas keringkasan penulisan saya dalan entry kali ini, diharapkan anda dapat sedikit sebanyak gambaran mengenai aktiviti yang anda dapat lakukan sewaktu tiba diatas Bukit Bendera. Satu pesanan saya, berjalanlah dengan bijak dan nikmati setiap saat anda bersama yang tersayang. Apa- apa pun jangan lupa jaga dan pelihara alam sekitar kita untuk kesejahteraan bersama💕

Penang 4.0 : The Habitat Penang

    Hai, kembali kita lagi dalam entry jalan kemana lagi Yahuu

apa tunggu lagi tu, mari ikuti pengembaraan dalam penulisan saya

sumber : google

Penang merupakan salah satu negeri yang bersejarah dan amat terkenal dengan syurga makanan. Bak kata orang luar yang datang ke negeri Penang ini, tak lengkaplah trip ke Penanag kalau tak pekenaq nasiq kandaq. Aaaaa gitu... Selain daripada syurga makanan, di sini juga terdapat tempat- tempat yang menarik yang boleh anda lawati. Antaranya adalah The Habitat Penang seperti yang tertera pada tajuk entry kita kali ini. Tanpa panjang lebar saya bercakap lagi, marilah ikuti pengembaraan saya ke The Habitat: Penang hill.

p/s: opss. sebelum terlupa dalam blog ini, saya hanya ceritakan mengenai The Habitat Penang sahaja. Tetapi aktiviti lain yang terdapat diatas Bukit Bendera sila ke link ini. http://saljuieyana.blogspot.com/2022/07/penang-10-penang-hill.html

Jika anda telah tiba disini, anda boleh memilih untuk parking kereta di tempat parking bertingkat. dan macam biasalah, mestilah berbayar.

Parking bertingkat berbayar :

  • Sekiranya anda datang pada hari weekday, bolehla parking kereta anda di tepi susur jalan keluar. tapi tiada jaminan boleh saya beri. tanggung sendiri. hihi. 
Pintu masuk Penang Hill

                                    

Tiket masuk Bukit Bendera 

                    

Harga tiket 2 hala ( pergi dan balik) bagi MyKad/ My Kid/ MM2H/ i- Kad

  • RM 12 ( dewasa) / RM 40 fast lane 
  • RM 6 (kanak2) / RM20 fast lane
  • RM 6 ( warga emas/ fast lane)
  • OKU -free

*RM 3 sekiranya anda hadir pada jam seawal 6:30 - 8:00 pagi. ( Sunrise)

Untuk maklumat lanjut berkenaan harga tiket dan pembelian onlinehttps://thehabitat.my/

kaunter ticket. Hanya seorang wakil sahaja.
p/s: Jangan lupa bawa IC untuk dapatkan harga warganegara malaysia
  • Selepas selesai membuat pembayaran ticket, tunggu sebentar untuk tiba panggilan bording masuk anda.
  • sesi bergambar akan dilakukan sewaktu anda melalui laluan  maze. Gambar ( berbayar)  boleh dituntut sewaktu pulang. tetapi sekiranya, anda tidak mahukannya, pun tidak mengapa.
Train untuk membawa anda naik ke puncak Bukit Bendera

WELCOME TO THE HABITAT PENANG 👋🌲🌳🌴

Waktu operasi bagi The Habitat Penang:

9:00 am - 7:00 pm daily

last entry at 6:00 pm

sumber : google

cara nak membeli tiket : hadir ke kios atau kemah pertanyaan yang terdapat banyak monyet- monyet mainan. Disitu anda boleh mendapatkan info dan bertanyakan kepada Renger hutan bahawa anda berminat untuk membeli tiket The Habitat Penang. Dan mereka anda memberi penerangan ringkas, peta map. dan sekiranya anda bersetuju dan berminat, Ranger tersebut akan membawa anda ke tempat pembelian Kaunter Ticket The Habitat Penang. Shout out kepada Uncle yang memberi penerangan dan iring kami sangat friendly dan sangat ramah. 

        
  • Harga ticket masuk RM 60
  • Valid dari temph anda masuk sehingga jam 6 PM. 
  • Dan tidak Valid untuk Sunset Walk.

Sudahkan anda bersedia mengikuti pengembaraan saya ke The Habitat Penang? . 

Ok Lets's Go Geng💨

Dari pintu masuk anda akan melalui 12 check point. Antaranya:

    1. TICKET OFFICE & HABITAT CAFE

    2. OUTDOOR THEATRE

    3. BROMELIAD PAVILLION

    4. GIANT SWING 1

*P/S: Tetapi kami memilih laluan check point 2 terus ke laluan check point 5

    5.LANGUR WALK CANOPY


The Habitat di bukit Bendera merupakan tempat yang harus anda kunjungi bagi merasai pengalaman hutan hujan yang menyeronokkan yang penuh dengan info fauna. Apabila anda datang ke sini pastinya anda akan merasai seperti masuk ke dalam kayangan yang indah ketika anda melaui pintu utama The Habitat.
    Bukit- bakau, hutan hujan tropika, kepelbagaian flora, batu- batu granit yang besar dan pemandangan yang indah menjadikan The Habitat di Bukit Bendera sebagai tempat yang harus dilawati. Tambahan itu, The Habitat juga merupakan kawasan Eko perlancongan bertaraf dunia yang pertama di Malaysia.  Bertujuan untuk mempromosikan kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar.
     The Habitat juga merupakan salah satu tarikan utama di Pulau Pinang. Melalui proses fotosistesis, tanaman menghasilkan makanan sendiri dengan menggunakan karbon dioksida, air dan tenaga dari sinaran matahari untuk menghasilkan oksigen yang penting kepada kehidupan. Hutan hujan ini juga membantu mengitar semula dan membersihkan bekalan air. Laluan semulajadi yang terdapat di The Habitat membuatkan pengunjung akan lebih menghargai hutan serta hidupan liar.

                                    

Suasana yang nyaman, indah, dan sejuk diserikan lagi dengan bunyi- bunyian burung . MasyaAllah. Percayalah sepanjang anda berjalan kaki di Langur Canopy Walk ini anda tidak akan merasa lelah penat berjalan, malahan anda akan damai menikmati keindahan suasana yang nyaman dan tenang ini.💖
  • Perjalana melalui Langur Walk Canopy ni mengambil masa selama 10-15 minit sahaja, bergantung kepada kecepatan langkah anda. Tapi pada pendapatkan saya, Just enjoy the moment, maka perjalanan anda tidak akan terasa memenatkan, malahan anda akan lagi memperlahankan langkah anda untuk menikmati susana keindahan hutan ini.
  • Nyamuk takde langsung ya ini yang aku woww. 💓
    6.  ANDAMAN TENTS
  • Disini terdapat khemah yang disediakan untuk berhenti berehat, duduk di kerusi yang disediakan. Dan jikalau anda ingin melepaskan hajat bolela berhenti sebentar di Andaman Tents ni. Tandas yang sangat selesa dilengkapi kipas dan bersih.  Hajat pun boleh terlaksana dengan tenang😜
    7.CURTIS CREST TREE TOP WALK ( yang dinantikan)

sumber : google

sumber : google



     8. GIANT SWING 2

Buai laju- laju,
sampai pokok sena.
9. ENDEMIC PLANTS PAVILLION 

10. MIGHT MERANTI  ( tutup sementara)

11. FLIGHT OF COLUGO ZIPLINES   ( tutup)
        
Sumber : google 
p/s : lebih kurang beginilah. tapi gambar ni bukan di penang hil ya

12.  TICKET OFFICE, GIFT SHOP AND HABITAT CAFE 

  • Selepas selesai menikmati keindahan dan mempelajari habitat flora dan fauna sewaktu anda berjalan kaki melalui sebelas checkpoint tersebut, anda bolehla coffee- coffee sambil menikmati pemandangan hutan di open cafe. Selain itu juga, anda juga boleh cuci mata dan membeli buah tangan dari The Habitat Gift Shop ini untuk dijadikan cenderahati buat kenang- kenangan nanti. Harga bermula sekitar RM 35- RM 100+.
  • Ticket pas masuk interence jangan lupa, scan sebelum keluar . 
  • Sewaktu diatas ini tiada line, tetapi jangan risau, cafe ada sediakan wifi tersebut. boleh dapatkan pasword pada balang kaca yang diletakkan pada kaunter. 😏

Gift Shop
poscard juga ada disini

Chill- chill hirup coffe sambil menikmati pemandangan alam semulajadi memang nikmat

  • Harga makanan, desert dan coffe standart harga cafe masih berbaloi. Bagi aku, ini adalah memori yang indah, lunch sambil menghadap tumbuh- tumbuhan hutan yang menghijau it's so perfect . Rasa taknak pulang untuk tamatkan perjalanan di The Habitat Penang.
  • Review mengenai makanan biasa- biasa sahaja rasanya. Matcha latte (2/5) rasa minum air kosong tambah matcha. Spegetti ( 4/5). dan Cake Oreo ( 3.7/5). untuk View dan suasana cafe (10/5) 😍

Setelah selesai coffee- cofee dan rehat, tibalah waktunya untuk turun pulang ke checkpoint terakhir melalui pintu kiri dan berjalan menuju tempat menunggu golf bugy pickup anda. Jarak perjalanan dalam 5 minit sahaja. Golf bugy atau kenderaan 4x4 la yang ambil kami dan menurunkan kami ke kawasan dataran berhampiran platform lock mangga. Dengan itu tamatla pengembaraan kita di The Habitat Penang.

Secara ringkasnya, seperti gambar rajah dibawah ini, merupakan tempat- tempat yang terdapat diatas Bukit Bendera.  Seperti biasa hampir kesemuanya, adalah berbayar 😂. Tetapi apa yang boleh saya kongsikan adalah, pilih dan buatlah pilihan yang bijak untuk masuk ketempat- tempat berbayar tersebut.

    Aktiviti tambahan kami adalah, menagkap gambar pemandangan Pulau pinang dari Bukit Bendera

                                                                                                       

Sebelum saya menamatkan penulisan dan pengembaraan kita ke The Habitat Penang ini, apa yang boleh saya katakan adalah, anda tidak akan merasa menyesal untuk membayar sebanyak RM60 untuk naik ke The Habitat Penang ini, dalam perjalana nanti anda akan dapat mengetahui dan menjumpai pelbagai spesis flora dan fauna yang menarik. Dan jika ditanya, adakah saya ingin lagi untuk ke sini. sudah semestinya jawapan saya YES.  Kepada mereka yang sukakan Nature, ketenangan bolehla cuba masuk ke The Habitat Penang ini, tetapi jika anda lebih gemar Selfie bolehla masuk ke Love lock dan lain-lain.    

               

potpetpotpet: Chapter 1 : Some of the best thing that come to you in life are unexpected and unplanned.

.

.

Nantikan blog seterusnya, jalan- jalan di mana lagi?.

.
Stay safe everyone💖